Wed, 9 Jul 2025
Headlines:
Kempen pengurangan beg plastik berjalan lancar: Mayor
Published on: Monday, August 19, 2024
Published on: Mon, Aug 19, 2024
Text Size:
Text:
Kempen pengurangan beg plastik berjalan lancar: Mayor
Sabin berkata sambutan daripada orang ramai, termasuk peniaga, amat menggalakkan.
Kota Kinabalu: Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sejak 1 Ogos lalu berjalan lancar setakat ini.

Mayor Datuk Seri Sabin Samitah berkata sambutan daripada orang ramai, termasuk peniaga, amat menggalakkan.

Advertisement
“Saya gembira kempen ini berjalan dengan baik dan kami mendapat kerjasama daripada masyarakat di dalam dan luar Kota Kinabalu.

“Setakat ini, kami belum mengeluarkan sebarang amaran tetapi peniaga menghubungi kami untuk memohon lanjutan masa bagi menghabiskan stok beg plastik mereka.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Kami tidak memberikan kebenaran, tetapi sebaliknya fleksibiliti dari segi cara lain di mana kami boleh membantu supaya beg plastik digunakan tanpa mencemari alam sekitar.

“Kami sedar bahawa sesetengah peniaga ini sudah pun membuat tempahan sejumlah besar beg plastik sejak awal tahun ini.

Advertisement
“Kami berbincang dengan mereka dan itulah sebabnya kami tidak memberikan kelulusan menyeluruh untuk melanjutkan masa bagi mereka menggunakan stok tersebut,” katanya semasa sesi temu bual media selepas Majlis Pelancaran Program Persembahan Seni dan Budaya Persatuan Bajau Sama Sabah (PBRSS) Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, pada Ahad.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Bajau Sama Sabah (PRBSS), Datuk Japlin Akim berkata program kebudayaan dan kesenian ini boleh menjadi pemangkin kepada hubungan harmoni antara suku kaum di Sabah.

Advertisement
“Program PBRSS hari ini menonjolkan persembahan kebudayaan daripada pelbagai suku kaum di Negeri ini.

“Saya rasa ini sesuai bersempena bulan kemerdekaan sebagai pengisian yang kami harap dapat menjadi pemangkin kepada hubungan harmoni antara suku kaum di Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here