Mangsa berjaya diselamatkan oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan. (Gambar bomba Sandakan)
SANDAKAN: Seorang wanita yang dipercayai mengalami sawan terjatuh ke laut melalui lubang tandas rumah atas air di Kampung Sim-Sim pada pagi Khamis.
Wanita berusia 34 tahun tersebut dipercayai mengalami sawan sebelum terjatuh ke dalam air laut dalam kejadian kira-kira jam 10.20pagi. Semasa kejadian, mangsa berada dalam keadaan separa sedar.
Advertisement
Mangsa berjaya diselamatkan oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan yang telah dihubungi pada jam 10.24 pagi.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia