Wed, 16 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Penjanaan 700 Megawatt tidak lama lagi
Published on: Saturday, August 24, 2024
Published on: Sat, Aug 24, 2024
Text Size:
Share this story
Penjanaan 700 Megawatt tidak lama lagi
HAJIJI mempengerusikan Mesyuarat Kedua MTS, Khamis.
Kota Kinabalu: Majlis Tenaga Sabah (MTS), dalam mesyuarat keduanya pada Khamis, meluluskan beberapa projek kritikal untuk pembangunan penjanaan kapasiti berjumlah 700 Megawatt (MW) ke arah memulihkan serta meningkatkan kapasiti Sistem Grid negeri ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan Jumaat berkata, antara projek utama itu ialah Projek Hidro Elektrik dan Loji Janakuasa Gas Asli bagi memastikan keterjaminan bekalan elektrik yang mencukupi di negeri ini pada masa sekarang dan akan datang. 

Advertisement
Hajiji, yang mempengerusikan mesyuarat itu di Menara Kinabalu, berkata MTS juga mendengar maklum balas daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) berkenaan perkembangan projek-projek tenaga lain yang diambil tindakan susulan keputusan yang dibuat pada mesyuarat MTS pertama Jun lalu. 

“Ini termasuk keputusan ke atas pelaksanaan projek-projek sumber tenaga masa hadapan, iaitu potensi dan kaedah pembangunan hidro elektrik secara meluas di Sabah menerusi kajian Sabah Hydro Development Masterplan yang sedang dilaksanakan oleh ECoS.

SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™  local pastes
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™  cooking pastes.
“Selain itu, kaedah pembangunan loji Penukaran Tenaga Terma Lautan (Otec) melalui konsep Projek Perintis Permulaan,” katanya. 

Hajiji berharap segala usaha yang dilaksanakan itu akan mendatangkan manfaat terbaik dalam merealisasikan pencapaian tenaga yang berdaya harap, mampu milik dan mampan untuk masa kini dan akan datang. 

Advertisement
“Ini selari dengan Pelan Induk Tenaga - Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) untuk kemajuan Sabah dan memberi manafaat kepada rakyat negeri ini.” 

MTS ditubuhkan berikutan penyerahan kuasa kawal selia tenaga daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, dan untuk menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here