Penutupan jalan sempena Perbarisan Hari Kebangsaan, Hari Sabah
Published on: Saturday, August 24, 2024
Bagi memudahkan orang awam, tempat letak kereta bertingkat KK Sentral akan dibuka tanpa caj mengikut masa dan tarikh yang dinyatakan di atas. “Penumpang bas zon selatan akan diturunkan / diambil di perhentian bas Asia City di hadapan bangunan Center Point Sabah.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara beberapa jalan utama dan tempat letak kereta di sini untuk memberi laluan kepada acara Perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 termasuk raptai dari 27 hingga 31 Ogos.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, sesi latihan untuk kedua-dua acara dijadualkan pada 27, 28, dan 29 Ogos manakala persiapan akhir ditetapkan pada 30 Ogos (Jumaat) dan acara tersebut akan berlangsung pada 31 Ogos (Sabtu).
ADVERTISEMENT Pada 27, 28, 29, dan 31 Ogos, dari jam 5 pagi hingga 12 tengah hari, antara jalan-jalan yang akan ditutup sementara pada empat tarikh tersebut adalah seperti berikut:
(i) Lorong kiri Jalan Coastal dari pintu keluar Sutera Harbour hingga ke KK Times Square;
(ii) Lorong kiri Jalan Mentari dari simpang menuju ke KK Times Square ke bulatan Sedco, Wawasan Plaza;
(iii) Jalan Center Point, Lorong Api-Api 2, dan Lorong Wawasan Plaza akan ditutup secara berkala.
ADVERTISEMENT
Pada 27, 28, 29, dan 30 Ogos, dari jam 5 pagi hingga 12 tengah hari, dan pada 30 Ogos dari jam 10 malam hingga 12 tengah hari pada 31 Ogos, antara jalan-jalan yang akan ditutup sementara pada tarikh tersebut adalah seperti berikut:
(i) Jalan Tun Fuad Stephens: melibatkan Bulatan Sedco, Wawasan Plaza hingga lampu isyarat Center Point Sabah.
ADVERTISEMENT
Manakala pada 27 – 31 Ogos dari jam 5 pagi hingga 12 tengah hari, kenyataan itu menyebut bahawa lokasi di Perhentian Bas Zon Selatan, Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan Marina Court juga akan ditutup sementara.
“Bagi memudahkan orang awam, tempat letak kereta bertingkat KK Sentral akan dibuka tanpa caj mengikut masa dan tarikh yang dinyatakan di atas.
“Penumpang bas zon selatan akan diturunkan / diambil di perhentian bas Asia City di hadapan bangunan Center Point Sabah.
“DBKK menasihatkan orang ramai untuk mematuhi arahan pegawai penguatkuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif untuk memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas,” menurut kenyataan itu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.