Advertisement
SPONSORED CONTENT
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event.
MARC turut bergandingan bersama anaknya, Marco dan Che Chi sebagai pelakon dalam Mad Mamai.
Advertisement
Advertisement
MARC bersama anaknya, Marco (kiri) dan Mark (kanan).
“Salah seorang bakat muda iaitu Che Chi, sebelum ini dia hanya menjadi pelakon untuk dua filem saya sebelum ini iaitu Avakas dan Silence of the 177. Untuk filem Mad Mamai, saya beri dia peluang untuk jadi penerbit. “Tugas saya cuma beri mereka idea, bimbing mereka dan merekalah yang akan melaksanakannya. “Sebagai orang yang sudah lama dalam industri filem, sekarang adalah giliran bakat muda Sabah pula untuk bersinar. “Dan Mad Mamai menjadi platform mereka untuk membuktikan bakat dan kebolehan mereka,” katanya. Selepas setahun dalam pembikinan, Mad Mamai, sebuah filem aksi komedi, akan ditayangkan esok (Ahad) di Growball Cinemax Centre Point, Kota Kinabalu. “Memandangkan Mad Mamai tidak menerima dana Finas atau pun memohon Skim Wajib Tayang Finas, jadi filem ini tidak ditayangkan di pawagam seluruh negara seperti biasanya. “Memandangkan filem ini cuma bajet rendah, jadi Mad Mamai hanya akan ditayangkan di Growball pada Ahad ini. Selepas dua minggu, Growball akan usahakan untuk Mad Mamai ditayangkan di pawagam mereka secara harian. “Bagaimanapun untuk berapa lama saya tidak pasti dan ia bergantung kepada pihak Growball. “Saya cukup gembira dan bersyukur kerana mereka sangat membantu pembikin filem bebas tempatan kita dengan menyediakan platform untuk filem hampir tiada bajet seperti Mad Mamai untuk ditayangkan di pawagam,” katanya. Membabitkan 70 pelakon, Mad Mamai dibarisi oleh Marco Nicho, Che Chi, Rian Sanseh, Marc Abas, Jo Johari, Rizin Kusop, Kenny Chua dan Jimmy Agoh, antara lain. Filem ini mengisahkan tentang seorang bapa yang kaki botol, seorang anak yang telah lama hilang tetapi kini seorang jutawan dan seorang bapa tiri yang merupakan ketua geng mengupah pembunuh upahan dari seluruh Sabah. Bagaimana Mamai dapat melindungi anaknya? [email protected]