HASSAN mencuba air besih yang dihasilkan menggunakan sistem teknologi itu.
TAWAU: Projek Sistem Teknologi Rawatan Air Bersih Ultra Turasan Bertenaga Solar Kawalan IOT yang dilaksanakan di Kampung Brantian akan memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir berkata, projek yang dilaksanakan di bawah Program lnisiatif lnovasi Sosial Malaysia (MylS Komuniti) itu merupakan inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (Mosti) dan Yayasan lnovasi Malaysia (YIM).
Advertisement
Katanya, program itu dilaksanakan sejak 2015 sehingga 2020 dan diteruskan pada 2021 sehingga kini.
“Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan projek ini dengan Kampung Brantian dipilih sebagai penerima pertama di Sabah, kerana ia memberi manfaat kepada penduduk kampung,” katanya ketika merasmikan projek itu pada Sabtu.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Hassan berkata, inisiatif oleh MOSTI dan YIM itu bertujuan untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bagi memenuhi keperluan sosial.
Menurutnya, tema Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi menggariskan objektif projek itu bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui aplikasi teknologi dan inovasi tempatan yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan.
“Ini adalah seiring dengan pelan pembangunan halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021 -2025 khususnya untuk elemen ‘Jaringan lnfrastruktur dan Kelestarian Hijau’, tegasnya
Hassan mahu penduduk Kg Brantian dapat menggunakan Sistem Teknologi Rawatan Air itu dengan sebaiknya demi kebaikan bersama dengan pemantauan oleh pemimpin kampung dan pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sebatik.
Beliau yakin dengan sokongan padu daripada semua pihak, projek ini akan terus memberikan manfaat berterusan kepada komuniti setempat.
“Kejayaan hari ini adalah bukti bahawa dengan kesungguhan, kerjasama dan komitmen, kita dapat mencapai apa yang kita cita-citakan.
“Saya berharap projek ini dapat dijadikan contoh kepada usaha yang Iain. Marilah kita berganding bahu untuk memastikan kelestarian projek ini demi kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang,” tambahnya.
Hassan juga mengucapkan terima kasih pihak terlibat dalam projek itu, termasuk UITM, Sirim, Perasa dan kontraktor atas usaha mereka menyediakan sistem teknologi ini dan memilih Kg Brantian sebagai penerima pertama di negeri ini.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia