Wed, 21 May 2025
Headlines:
Gagasan Rakyat kini parti tempatan paling popular
Published on: Tuesday, August 27, 2024
Published on: Tue, Aug 27, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Gagasan Rakyat kini parti tempatan paling popular
NIZAM (tengah - duduk) bersama sebahagian penduduk Kg Tanjung Batu Laut pada majlis itu.
TAWAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini menjadi parti tempatan yang paling popular di Sabah apabila menyaksikan peningkatan bilangan ahli yang menyertai parti tersebut.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Pusat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu jelas menunjukkan Gagasan Rakyat semakin mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Advertisement
Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat bersatu di dalam satu parti tempatan yang ikhlas menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negeri tercinta ini.

Katanya, Sabah berada di landasan yang betul kerana sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) GRS-PH Plus memerintah, banyak perubahan positif dapat dinikmati segenap rakyat.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
“Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sudah menunjukkan kemampuannya dalam menjaga hak-hak rakyat di Sabah dengan cemerlang,” katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya, di Tanjung Batu Laut, di sini, pada Sabtu.

Nizam yang juga Ketua Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 12, yakin rakyat negeri ini akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada parti itu untuk kekal memerintah dan memimpin Sabah ke arah yang lebih cemerlang.

Advertisement
Berkenaan pelantikannya sebagai Ketua Penyelaras Zon 12, beliau berkata, ia satu tanggungjawab besar dalam memastikan semua bahagian parti Gagasan Rakyat di parlimen Tawau dan Kalabakan sentiasa diterima rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Gagasan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya menyelaras Zon 12 yang meliputi bahagian Apas, Balung, Sri Tanjung, Tanjung Batu, Kukusan, Merotai dan Sebatik.

Nizam berkata, kerjasama dalam kalangan pimpinan Zon 12 ketika ini dalam keadaan baik dan masing-masing sudah memperkemaskan jentera pilihan raya bagi memastikan semua calon menang di bahagian mereka.

Advertisement
Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Tanjung Batu, Datuk Abdul Muis Picho berkata, jenteranya sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), malah program turun padang bagi menarik lebih ramai ahli juga  giat dilakukan.

Beliau yang juga bekas Adun Sebatik, menyatakan kesediaannya bertanding sekiranya dicalonkan oleh pucuk pimpinan, namun, akan tetap menyokong semua calon yang dipilih jika tidak terpilih sebagai calon, khususnya bagi DUN Tanjung Batu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here