Mayat ditemui di kaki lima selepas 'bunyi jatuh kuat dari tempat tinggi' di Sandakan
Published on: Tuesday, August 27, 2024
By: Winnie Kasmir
Siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini, kata polis. (Gambar: Awam)
SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun ditemui di atas ruang pejalan kaki luar bangunan Harbour Mall Sandakan oleh orang awam pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata hasil siasatan awal polis mendapati si mati masuk ke tempat meletak kenderaan pusat membeli belah tersebut pada jam lebih kurang 1.30 pagi di aras 7 dan meletakkan kenderaannya di situ.
ADVERTISEMENT “Menurut info, pada jam 3.40 pagi seorang saksi awam yang sedang meletakkan kenderaannya berhampiran bangunan Harbour Mall terdengar bunyi jatuh yang kuat dari tempat tinggi bersebelahan dengan kenderaannya.
“Saksi tersebut kemudiannya keluar dari kenderaan dan mendapati mayat si mati dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya."
Jelas Abdul Fuad lagi, siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
ADVERTISEMENT
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.