Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Benar PTI dalam premis: Dua didenda RM10,000
Published on: Thursday, August 29, 2024
Published on: Thu, Aug 29, 2024
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Benar PTI dalam premis: Dua didenda RM10,000
Kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terlibat.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dan seorang wanita didenda sejumlah RM10,000 setiap seorang kerana membenarkan dua warga Filipina tanpa sebarang dokumen berada di dalam premis di bawah kawalan mereka.

Heng Wen Jie, 34, dan Mah Mei Peng, 29, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain terhadap pertuduhan dihadapi mereka.

Advertisement
Kedua-duanya didapati membenarkan pendatang tanpa izin berusia 23 dan 19 tahun, yang tidak mempunyai sebarang dokumen, berada di Kopitiam Ho Ciak di Kompleks Komersial Adika di Keningau.

Kesalahan itu berlaku pada 4.30 petang pada 2 Feb tahun ini.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Pertuduhan menyatakan bahawa Heng dan Mah adalah orang yang mengawal premis itu.

Kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terlibat.

Advertisement
Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka membayar denda RM5,000 bagi setiap PTI terlibat.

Siasatan mendapati Heng dan Mah membenarkan pendatang tanpa izin itu berada di dalam premis berkenaan yang di bawah kawalan mereka.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Azizah S. Ahmad dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here