Kota Kinabalu: Usaha berterusan dalam membawa imej Sabah sebagai negeri yang berdaya saing dalam pelbagai aspek, termasuk pelancongan alam semula jadi perlu dirancakkan, kata penyelidik di Institusi Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kelvin Kueh.
Ini khasnya dalam menonjolkan peranan institusi akademik sebagai pengorak langkah kepada usaha menjadi pembekal dan penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Kalvin berkata Sabah sudah menjadi suri teladan kepada usaha mempromosikan pelancongan alam semula jadi dan mendahului negeri-negeri lain.
“Hakikatnya, ini sudah wujud dan bermula sejak era 1980an lagi, lebih awal berbanding negeri-negeri lainnya.