Dari kiri: Rayner, Seliresto dan Clementina.
KIULU: Projek Perintis Self Meter Reading (SMR) yang dilancarkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini pada Selasa mendapat reaksi positif dalam kalangan penduduk.
Rayner Katong dari Kampung Rumindako berkata, projek SMR merupakan satu pendekatan yang relevan dan dinanti-nantikan oleh penduduk Kiulu.
Advertisement
Menurutnya, sebelum ini penduduk sering menghadapi masalah dengan bacaan bil yang tidak tepat disebabkan kesukaran kakitangan pembaca meter SESB mengunjungi setiap rumah di kawasan pedalaman.
“Ia disebabkan oleh faktor geografi yang berbukit dan dan jarak antara kampung yang berjauhan anatara satu sama lain.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
“Dengan adanya SMR, kami dapat menguruskan sendiri bacaan meter ini dan menghantar bacaan tersebut secara terus kepada SESB melalui platform yang disediakan.
“Justeru, orang kampung tidak perlu lagi membelanjakan wang perjalanan yang jauh semata-mata hanya untuk berurusan di pejabat SESB untuk mendapatkan bacaan bil yang betul dan membuat bayaran,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran SMR.
Seorang lagi penduduk, Seliresto Sukup turut senada dengan Rayner.
Beliau yang berasal dari Kampung Rungus Nahaba memaklumkan, pelancaran program SMR amat bertepatan dalam memudahkan proses bacaan bil elektrik yang lebih efektif.
“Berdasarkan taklimat yang disampaikan SESB, bagi saya SMR ini sebenarnya lebih mudah dan sangat mesra pengguna.
“Ia umpama kita mengambil gambar bacaan meter, dan menghantar kepada pihak SESB melalui aplikasi whatsapp.
“Cuma ada beberapa kriteria yang perlu dipatuhi yang bagi saya tidak merumitkan. Terima kasih SESB kerana memudahkan urusan penduduk kampung dan telah memilih Kiulu sebagai projek perintis,” katanya.
Sementara itu, Clementina Joanes dari Kampung Sinansag menzahirkan rasa teruja untuk mencuba kaedah baru tersebut.
“Dengan kemajuan teknologi, kami berharap agar kemudahan ini akan diperluaskan lagi pada masa depan untuk memudahkan semua pihak yang terlibat,” ujarnya.
Lebih 300 pemimpin komuniti dan penduduk tempatan hadir pada pelancaran SMR yang diadakan bersempena Program SESB Bersama Ketua Komuniti di Dewan Masyarakat, Pekan Kiulu di sini.
Pelancarannya disempurnakan Pengerusi SESB merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Haji Jaafar; Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Leprus Esuva Giswa; dan Pemimpin Pembangun Masyarakat (PPM) Golubi Guntarek Kiulu.
Untuk rekod, projek SMR merupakan inisiatif yang diperkenalkan SESB bagi tujuan pembacaan meter secara kendiri dalam kalangan pengguna.
Daerah Kecil Kiulu dipilih sebagai projek perintis berdasarkan sejarah pembacaan meter yang mencabar disebabkan pelbagai faktor termasuk jarak dan bentuk muka bumi.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia