Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Sejarah kemerdekaan Sabah dalam kurikulum
Published on: Thursday, August 29, 2024
Published on: Thu, Aug 29, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sejarah kemerdekaan Sabah dalam kurikulum
ARIFFIN (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan KTYS kepada Tah Nia.
Kota Kinabalu: Usaha memasukkan sejarah kemerdekaan Sabah dalam kurikulum pendidikan telah dilaksanakan kluster pendidikan Sabah bagi tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengerusi Kluster Pendidikan MA63, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, inisiatif itu juga sudah dibincangkan di peringkat jawatankuasa pelaksana seterusnya akan dibawa ke peringkat kabinet menteri Sabah.

Advertisement
Katanya, pihaknya juga sudah bermesyuarat beberapa kali untuk memperhalusi perkara berkenaan sebelum membawa usul itu ke beberapa jawatankuasa terlibat.

“Inisiatif ini adalah salah satu cadangan dalam kluster pendidikan yang kita kemukakan dalam MA63 yang saya pengerusikan supaya citra sejarah negeri Sabah dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Perkara ini juga sudah bincangkan di peringkat pelaksana dan akan dibawa ke peringkat jemaah menteri, selepas itu akan ada mesyuarat lagi antara Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Premier (Sarawak).

“Ini penting bagi memastikan anak-anak kita dapat menghayati sejarah negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pendidikan Sabah (TPNS), di sini, Rabu.

Advertisement
Hadir sama Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Hanafiah Mohd Kassim dan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Datuk Tah Nia Jaman.

Dilaporkan, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengusulkan Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk memasukkan sejarah kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dalam buku teks sejarah.

Advertisement
Katanya, ia penting bagi menghidupkan kembali sejarah yang hilang itu, khususnya dalam usaha Sabah menuntut hak sama rata dengan Sarawak dan Semenanjung.

Bercakap mengenai majlis itu, Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) berkata, TPNS membelanjakan lebih RM6 juta bagi biaya pendidikan 5,000 anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi.

Untuk hari ini, katanya, seramai 49 pelajar mendapat manfaat daripada TPNS ini membabitkan kira-kira RM400,000 bantuan pendidikan untuk mereka melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

“Selain itu, TPNS turut memperluaskan manfaatnya melibatkan cermin mata percuma kepada pelajar sekolah dan setakat ini kita telah agihkan bantuan ini kepada 2,000 pelajar di seluruh Sabah.

“Bantuan ini terbuka untuk semua anak Sabah, termasuk anak-anak kita yang sedang menuntut di instituti pengajian tinggi juga boleh memohon bantuan ini,” katanya.

Pada majlis itu, KTYS diwakili Tah Nia turut menerima sumbangan sebanyak RM207,000 bagi pelaksanaan programnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here