Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Jenazah Arman San selamat tiba di Tawau
Published on: Thursday, August 29, 2024
Published on: Thu, Aug 29, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jenazah Arman San selamat tiba di Tawau
Jenazah Arman San diusung keluar oleh pasukan pengusung Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari bilik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), selepas proses bedah siasat selesai, pada Khamis. - fotoBERNAMA
TAWAU: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 yang membawa jenazah Allahyarham Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini pada 7.06 malam ini.

Pesawat itu turut membawa isteri serta anak lelaki Allahyarham dan sembilan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada KD Sri Tawau kemudian membawa keluar jenazah dengan istiadat ketenteraan.

Advertisement
Jasad Arman San, yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Penyusop, Johor semalam, akan dibawa ke kampung halamannya di Sapagaya, Silam, Lahad Datu terletak 126 kilometer dari sini.

Jenazah anak bongsu daripada 10 beradik itu akan disolatkan di surau berdekatan rumah keluarganya di Sapagaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan, Lahad Datu lewat malam ini.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Panglima Markas Wilayah Laut 2 TLDM Laksamana Muda Datuk Khir Junaidi Idris serta pegawai dan anggota TLDM lain turut menyambut ketibaan jenayah Allahyarham di Lapangan Terbang Tawau.

Arman San, 28, berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau daripada Markas Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM.

Advertisement
Pada 25 Ogos lepas, KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air.

 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here