Kepsyen RUSLAN (atas mesin pengorek, dua dari kanan) bersama Matbali (dua dari kiri) dan Nazri (tiga dari kiri) selepas simbolik perasmian pecah tanah.
BEAUFORT: Pasar Am baharu Pekan Weston yang dikelola Majlis Daerah Beaufort (MDP) kini dalam pembinaan, sekali gus memenuhi keperluan masyarakat setempat khususnya peniaga kecil.
Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, kerajaan negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) memperuntukkan RM400,000 untuk projek itu.
Advertisement
“Pasar Am Pekan Weston dibina bagi memenuhi keperluan penduduk setempat khususnya peniaga kecil memandangkan kemudahan sebelumnya sudah usang dan tidak selamat. Insfrastruktur berkeluasan 3,200 kaki persegi ini dibina ditapak sedia ada dan dijangka siap pada Januari tahun depan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pasar Am Pekan Weston, di sini, pada Khamis.
Hadir sama Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun dan Pegawai Eksekutif MDP, Ainul Mohd Dun.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, Pasar Am itu juga mempunyai pelbagai kegunaan yang bakal memberi manfaat kepada penduduk, selain berniaga.
Menurutnya, insfrastruktur itu berkonsepkan dewan terbuka dan boleh digunakan untuk sebarang aktiviti ‘indoor’ seperti sukan termasuk program sosial lainnya selepas aktiviti perniagaan.
“Jika tiada aktiviti berniaga, Pasar Am ini boleh dijadikan ruangan untuk aktiviti sukan oleh belia termasuk penganjuran pelbagai program sosial masyarakat lainnya.
“Justeru sebaik siap, kemudahan ini bakal merancakkan aktiviti ekonomi penduduk memandangkan Weston adalah lokasi tumpuan pelancongan dengan kehadiran ramai pelancong setiap hari,” katanya.
Sementara itu Matbali ketika ditemui berkata, beliau yakin insfrastruktur itu akan membantu meningkatkan ekonomi penduduk khususnya peniaga kecil.
“Pembinaan Pasar Am Pekan Weston ini tepat pada masanya kerana selain memberi keselesaan penduduk berniaga, ia juga dapat memperkasa ekonomi mereka,” katanya.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia