Sun, 13 Oct 2024
HEADLINES :


DBKK pantau lampu jalan di Inanam, Kolombong
Published on: Friday, August 30, 2024
By: Sidney Skinner
Text Size:

DBKK pantau lampu jalan di Inanam, Kolombong
SEORANG juruteknik menggantikan fius terbakar di dalam panel kawalan untuk lampu di Batu 7 Jalan Tuaran.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan pemeriksaan terhadap lampu jalan di pembahagi jalan di Batu 7 Jalan Tuaran, serta di bahu jalan di Jalan Kilang dan Lorong Pic, yang kedua-duanya terletak di kawasan Kolombong. 

Tindakan ini diambil susulan maklum balas daripada pekerja di Pusat Perindustrian Hiong Tiong dan Kawasan Perindustrian Sedco tentang pengalaman memandu pada waktu malam yang kurang selamat di jalan masuk ke tempat kerja mereka di Inanam dan Kolombong.

Seorang pembayar cukai di Taman Kolombong bimbang penjenayah mungkin mengambil kesempatan daripada ketiadaan pencahayaan di kawasan perumahan itu untuk memecah masuk rumah. 

DBKK memantau bahagian Jalan Tuaran ini kerana lampu mengalami kerosakan dua kali dalam dua bulan lalu.

Mereka memberikan Hotline lokasi bahagian-bahagian jalan yang tidak diterangi di kawasan masing-masing. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada agensi berkenaan.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata pemeriksaan awal telah dilakukan di kawasan terjejas sejurus mereka mengetahui masalah lampu jalan ini. 

Katanya, kontraktor elektrik mengesahkan bahawa isu teknikal menjadi punca kerosakan lampu jalan di jalan-jalan ini.

Untuk kes di Batu 7 Jalan Tuaran, katanya, masalah ini melibatkan fius yang terbakar. 

SALAH seorang pekerja kontraktor memeriksa mekanisme di dalam panel kawalan untuk lampu di Jalan Kilang.

“Komponen yang rosak menyebabkan jalan utama – antara Pusat Perindustrian Taipan dan Hiong Tiong – gelap sepenuhnya untuk beberapa waktu,” katanya. 

Jarak kira-kira 1.36 kilometer memisahkan dua kawasan komersial tersebut.

Jurucakap itu berkata ini adalah kali kedua lampu di pembahagi jalan di Jalan Tuaran rosak. Bulan lalu, “penyentuh” yang terbakar menyebabkan kemudahan ini tidak berfungsi, menurutnya. 

Jelasnya, “penyentuh” adalah sejenis suis untuk membuka dan menutup litar elektrik berulang kali.

“Disebabkan gangguan letrik yang berulang ini, kami meminta juruteknik untuk meningkatkan pemantauan di bahagian Jalan Tuaran ini.”

Jurucakap itu berkata tiga MCB 60 amp rosak menyebabkan lampu di jalan perumahan di Taman Kolombong gagal berfungsi. 

“Kontraktor telah memasang MCB baharu menggantikan yang rosak pada pagi itu dan kemudian menguji lampu untuk memastikan ia berfungsi. Dia kembali ke Lorong Pic pada sebelah malam untuk menentusahkan kawasan sepanjang kira-kira 533.5 meter itu diterangi dengan baik.”

Menurut jurucakap itu, sebuah sky-master digunakan untuk memudahkan pembaikan dalam kedua-dua kes tersebut.

SKY-master digunakan untuk memudahkan pembaikan lampu di sepanjang jalan masuk ke beberapa kawasan perindustrian di Kolombong.

Dia menjelaskan MCB mencegah bahaya elektrik dengan mengesan dan memutuskan arus abnormal dan litar pintas.

Mengenai Jalan Kilang di bahagian lain di Kolombong, jurucakap itu berkata masalah pada “photocell” mengganggu pencahayaan awam di jalan sepanjang kira-kira 1.78 km itu. 

Selain dari Kawasan Perindustrian Sedco, Kawasan Perindustrian BDC dan Seludang juga terletak di sepanjang jalan ini.

Apabila ditanya berapa kerap penyelenggaraan dilakukan pada lampu jalan di bawah bidang kuasa DBKK jurucakap itu berkata tiada jadual tetap untuk kerja ini. 

“Kemudahan ini diselenggara apabila perlu.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here