Sun, 13 Oct 2024
HEADLINES :


Komitmen letak dua pertiga populasi penjara di luar tembok
Published on: Friday, August 30, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Komitmen letak dua pertiga populasi penjara di luar tembok
SIRAJUDDIN menyampaikan sijil kepada seorang peserta sambil diperhatikan oleh Apui (kiri) dan Zuarini (kanan).
KENINGAU: Jabatan Penjara Malaysia menzahirkan komitmen kepada kerajaan dan masyarakat dengan membentangkan pelan serta agenda transformasi jabatan, iaitu meletakkan dua pertiga populasi pesalah penjara berada di luar tembok menjelang 2030.

Pengarah Sekolah Henry Gurney (SHG) Keningau, Sirajuddin Abdul Majid berkata, Jabatan Penjara Malaysia telah merangka dasar dan strategi yang komprehensif bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Antaranya adalah memperkenalkan konsep Pusat Pembangunan Peradaban Tamadun Manusia, yang mana nilai utama yang ditekankan adalah nilai Kedaulatan Undang-Undang dan Nilai Kemahiran Kendiri,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian dan Penutupan Program Reben Kuning Negeri Sabah 2024 di Sekolah Henry Gurney, di sini, pada Khamis.

Program selama empat hari itu dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah dan Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.

Katanya, bagi menjamin keselamatan sosial, Jabatan perlu membekalkan kepada prospek dengan kesedaran terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan juga kemahiran yang bersesuaian sebelum mereka dibawa keluar dari persekitaran tembok penjara atau pusat tahanan.

Beliau berkata susulan strategi ini, Jabatan mengambil pendekatan dengan pelbagai kaedah untuk membantu prospek mengikuti program Reben Kuning sebagai satu inisiatif jabatan untuk memberi peluang kedua kepada prospek dalam kategori belia untuk diberi latihan kemahiran sebelum dibebaskan.

“Jabatan mengharapkan pelbagai agensi yang sudi membantu dalam memberi kemahiran kepada prospek sekaligus membantu sistem pemulihan kepada prospek agar mempunyai kemahiran apabila dibebaskan nanti,” katanya. 

Pada masa sama, Sirajuddin berkata, Jabatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah dan IKBN Kinarut atas kesudian melaksanakan Projek Reben Kuning Negeri Sabah 2024 di Sekolah Henry Gurney.

“Ini membantu memberi kemahiran kepada prospek golongan belia sebagai bekalan sebelum dibebaskan.”

Terdahulu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Apui Jan berkata, Program Reben Kuning merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberi peluang kedua kepada prospek belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney melalui latihan pembangunan kemahiran. Katanya, program ini dilancarkan pada 19 Oktober 2018 di Penjara Sungai Buluh.

“Ia memberi peluang kedua kepada peserta melalui latihan pembangunan kemahiran bagi membantu peserta meneruskan kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan,” jelasnya.

Selain itu katanya, ia membantu memperkukuhkan jati diri peserta sebagai persediaan untuk kembali kepada masyarakat dan menyumbang dalam pembangunan negara.

Di samping itu, beliau berkata ia memantapkan jalinan kerjasama dan kolaborasi rentas agensi kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif intervensi sosial belia, serta membina perspektif positif masyarakat terhadap prospek belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney dan seterusnya membantu mereka meneruskan kehidupan lebih baik.

Seramai 30 peserta mengikuti program itu terdiri daripada prospek belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney.

Mereka didedahkan kepada Kursus Asas Penyelanggaraan Penyaman Udara dan Pendawaian Elektrik.

Selain slot kemahiran yang dikendalikan oleh IKBN Kinarut, mereka juga mengikuti slot jati diri yang dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri dan slot peluang dan penciptaan pekerjaan oleh Perkeso.

Hadir sama Pengarah IKBN Kinarut Zuarini Jumai dan Ketua Bahagian Korektif Sekolah Henry Gurney Keningau Sharudin Tahir.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here