Wed, 16 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Guru besar berperanan penting transformasi pendidikan digital
Published on: Friday, August 30, 2024
Published on: Fri, Aug 30, 2024
Text Size:
Share this story
Guru besar berperanan penting transformasi pendidikan digital
HAJIJI beramah mesra dengan sebahagian guru besar yang hadir sempena majlis itu.
PENAMPANG: Guru besar memainkan peranan amat penting dalam memastikan kejayaan transformasi pendidikan digital sekolah di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, guru besar adalah pemimpin yang membawa perubahan, memberi inspirasi dan bimbingan kepada guru serta pelajar di sekolah masing-masing.

Advertisement
“Oleh itu, adalah penting kepada guru besar untuk terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan. 

“Kerajaan negeri komited untuk menyokong pelbagai inisiatif dan program yang bertujuan meningkatkan infrastruktur digital di sekolah-sekolah.

SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™  local pastes
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™  cooking pastes.
“Era digital telah membawa perubahan dalam setiap aspek kehidupan kita, termasuk dalam bidang pendidikan.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa sistem pendidikan turut beradaptasi dengan perubahan ini. Pendidikan digital bukan sahaja sekadar penggunaan alat teknologi dalam proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.

Advertisement
“Pendidikan digital adalah penting untuk kita membudayakan penggunaan teknologi sebagai bahan interaktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, memupuk pemikiran kritis, dan melahirkan generasi yang inovatif dan kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Agung dan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Negeri Sabah Kali Kedua di ITCC Ballroom di ITCC di sini, Khamis.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata aspek kualiti dan kecemerlangan pendidikan harus menjadi fokus utama dalam setiap program mendidik pelajar.

“Pendidikan berkualiti bukan saja mampu melahirkan modal insan yang unggul dan berkemahiran, malah akan menyediakan aset pembangunan sosial yang dinamik dan berdaya saing.

“Sememangnya adalah menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini secara berterusan. Saya berharap persidangan ini berjaya mencapai objektifnya, sekali gus mampu meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negeri ini.

“Saya percaya dengan kerjasama dan dedikasi kita semua, kita mampu membawa pendidikan di negeri kita ke tahap lebih tinggi dan memastikan generasi masa depan kita bersedia untuk menghadapi cabaran dunia digital,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasa dan mempercepatkan pembangunan prasarana teknologi digital di Sabah.

“Semua inisiatif yang kita laksanakan ini adalah bagi mempercepat pelaksanaan Pelan Strategik Kerajaan Digital di negeri ini menjelang 2025.

“Kerajaan juga sudah siap memasang semua 300 peranti Starlink di seluruh kawasan Sabah pada Mei lalu, yang dikenal pasti mempunyai masalah sambungan internet sebagai penyelesaian interim kepada kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau percaya dengan segala inisiatif diambil ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here