Annuar berkata, isu MN Sabah ini hanya membabitkan seorang individu kerana tiada sesiapa boleh membubarkan MN. Keahlian MN dipohon secara langsung dan mungkin individu berkenaan terbawa-bawa dengan struktur kepimpinan parti.
Kota Kinabalu: Tidak ada siapa berkuasa untuk membubarkan Muafakat Nasional (MN) Sabah kerana ia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.
Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, MN Sabah tidak dibubarkan kerana tidak ada siapa berkuasa membubarkan MN kerana jawatankuasa MN peringkat negeri dilantik oleh pusat jadi, ia tidak boleh dibubarkan oleh sesiapa.
Advertisement
Beliau berkata, tidak perlu bimbang tentang isu MN di negeri ini kerana isu tersebut akan selesai dalam tempoh 48 jam.
“Apa yang penting sekarang, timbalan pengerusi masih ada, naib-naib masih ada dan ahli jawatankuasa (AJK) masih ada. Jadi, saya mengambil sikap terbuka untuk bertemu dengan MN Sabah.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
“Semalam (Jumaat) telah disahkan timbalan dan naib-naib serta AJK mahu meneruskan MN jadi, MN Sabah berjalan macam biasa. Kalau ada beberapa individu ingin berundur, mungkin atas sebab tersendiri,” katanya semasa sidang akhbar Konvensyen Pas Sabah, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kenyataan pimpinan MN Sabah bahawa Muafakat Nasional di negeri ini akan dibubarkan.
Menurutnya, terdapat cubaan untuk menjadikan MN sebagai parti politik namun, beliau menolak cadangan berkenaan kerana mahu kekalkan MN sebagai sebuah badan NGO.
Katanya, Pengerusi MN Sabah, Jismit Japong ada menghantar minit mesyuarat kepadanya pada dua minggu lepas tentang cadangan menjadikan MN sebagai Parti Muafakat Nasional.
“Malah, dia dicadangkan sebagai Presiden. Dua minggu lepas kuat sekali kepercayaan dia kepada saya. Kemudian, dalam masa dua minggu tiba-tiba tak percaya. Individu berkenaan juga isytiharkan dia ingin menjadi Ketua Menteri Sabah.
“Jadi, saya bimbang, pilihan raya pun belum, pengerusi penaja MN Sabah mengisytiharkan mahu menjadi Ketua Menteri Sabah. Jadi, saya tersepit di situ. Saya dalam parti Pas, Pas pun tak isytihar siapa nak jadi Ketua Menteri, tiba-tiba Pengerusi MN Sabah pula nak jadi Ketua Menteri.
“Kalau dia nak jadi Ketua Menteri.terima kasihlah dia lepaskan jawatan dalam MN supaya MN boleh berjalan mengikut dasarnya. Siapa yang nak berpolitik masuk parti, MN biarlah kekal sebagai badan NGO,” katanya.
Annuar berkata, isu MN Sabah ini hanya membabitkan seorang individu kerana tiada sesiapa boleh membubarkan MN. Keahlian MN dipohon secara langsung dan mungkin individu berkenaan terbawa-bawa dengan struktur kepimpinan parti.
Khamis lepas, Jismit bersama 30 ahli jawatankuasa penaja meletak jawatan dan mengumumkan pembubaran MN Sabah selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Annuar Musa.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia