Tue, 15 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Bukti semangat patriotisme: Ketua Menteri
Published on: Monday, September 02, 2024
Published on: Mon, Sep 02, 2024
Text Size:
Share this story
Bukti semangat patriotisme: Ketua Menteri
Ketua Menteri berkata sambutan Hari Sabah bukan hanya meraikan pencapaian tetapi juga menghargai dan mengenang kembali perjalanan panjang yang telah dilalui untuk mencapai kemerdekaan.  
Kota Kinabalu: Sambutan Hari Sabah adalah bukti semangat kebangsaan orang Sabah untuk mendapat kebebasan dari penjajah sekali gus tidak mengiktiraf sebarang tuntutan luar ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. 

Beliau berkata kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak boleh dipersoalkan kerana rakyat negeri ini telah memilih untuk bersama-sama membentuk sebuah negara.

Advertisement
“Hari Sabah yang diraikan bersama-sama Hari Kebangsaan pada 31 Ogos adalah hari yang sangat bersejarah. Ia adalah bukti semangat patriotisme orang Sabah untuk mendapat kebebasan daripada penjajah kerana Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. 

“Masa depan Sabah terletak di tangan kita, oleh itu marilah kita bersama-sama terutama generasi muda untuk menggembleng tenaga, berganding bahu, berusaha sebaik mungkin memastikan negeri ini terus maju dan makmur serta rakyat kekal bersatu padu.  

SPONSORED CONTENT
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event.
“Kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuhkan sistem pendidikan, membangunkan infrastruktur yang lebih baik dan memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh negeri,” katanya sempena Sambutan Hari Sabah 2024 di Padang Merdeka, di sini pada Sabtu. 

Ketua Menteri berkata sambutan Hari Sabah bukan hanya meraikan pencapaian tetapi juga menghargai dan mengenang kembali perjalanan panjang yang telah dilalui untuk mencapai kemerdekaan.  

Advertisement
Katanya, kerajaan negeri pada hari ini sentiasa berusaha meningkatkan ekonomi dan memperbaiki taraf hidup rakyat.   

“Matlamat kita adalah jelas, iaitu mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Kita percaya, dengan hubungan yang akrab dengan kerajaan Persekutuan, ia akan memudahkan segala urusan termasuk membabitkan Perjanjian MA63, atau perkaraperkara lain yang berkaitan dengan pembangunan dan kenegaraan,” katanya. 

Advertisement
Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus mendokong dasar pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya selari dengan semangat gagasan Malaysia

Madani yang menginginkan negara pesat membangun, berperanan tinggi di peringkat global sekali gus menjadi negara yang dihormati dan disegani.  

“Malah, hasil corak kepimpinan negeri yang mesra pelabur, ia menjadikan Sabah tumpuan pelabur asing dan domestik yang turut memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini. 

“Sabah telah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion merentasi pelbagai sektor pada tahun 2023 dan telah merekodkan hasil kutipan negeri hampir RM7 bilion pada tahun sama. 

“Kini, kerajaan Sabah sedang meneroka potensi Ekonomi Biru melibatkan penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu serta produk yang boleh dihasilkan daripada industri itu. 

“Penerokaan itu antara usaha berterusan dan agresif bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebagai tambahan kepada sumber sedia ada,” katanya. 

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin menyempurnakan majlis pemasyhuran Sambutan Hari Sabah 2024.  

Yang turut hadirnya isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag. 

Pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos diwartakan Kerajaan Sabah pada Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Sabah, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dalam ucapannya dalam pada itu berharap Hari Sabah dan Hari Malaysia dimasukkan dalam sukatan pelajaran institut pengajian tinggi di Malayisa.

“Penting untuk sejarah Sabah yang tercicir ini melengkapi pengetahuan rakyat dan pemimpin Sabah dan menjawab soalan yang sukar dijawab selama ini.

“Ilmu ini juga akan memberikan keyakinan dan kebanggaan kepada rakyat dan pemimpin kita kerana memperjuangkan hak kita dan masa depan kita.

Katanya, dengan sejarah lengkap kewujudan Sabah sebagai sebuah negara, sebuah negara merdeka sebelum kewujudan Malaysia pada 16 September 1963, orang ramai kini boleh memahami mengapa kita di Sabah dan Sarawak mempunyai lagu kebangsaan mereka sendiri.

“Hormati lagu kebangsaan kita dan juga hormati bendera Sabah bersama-sama dengan bendera negara dan lagu kebangsaan Malaysia,” katanya. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here