Wed, 9 Oct 2024
HEADLINES :


LGM aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak
Published on: Monday, September 02, 2024
By: Bernama
Text Size:

LGM aktifkan insentif getah Ogos bagi Sabah, Sarawak
Gambar sekadar ilustrasi
KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks telah teraktif di Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2024, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataan hari ini, katanya kadar teraktif di Sabah adalah 10 sen sekilogram bagi getah sekerap dengan 50 peratus Kandungan Getah Sekerap (KGK) manakala 20 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.

“Bagi Sarawak, kadar bayaran adalah 20 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 40 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK. Bagi lateks, insentif adalah 90 sen sekilogram (100 peratus KGK),” katanya.

Menurut LGM, pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG mulai 1 hingga 30 Sept 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2024.

Bagaimanapun, IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif di Semenanjung Malaysia bagi Ogos 2024, menyebabkan tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan berkenaan.

Bermula Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Pelarasan ini, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan menyokong semua pekebun kecil Malaysia yang berkelayakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here