Thu, 10 Jul 2025
Headlines:
Miliki alat judi, lelaki didenda RM1,900
Published on: Tuesday, September 03, 2024
Published on: Tue, Sep 03, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Miliki alat judi, lelaki didenda RM1,900
Alvin didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM1,900 atau sebulan penjara ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun kerana memiliki peralatan judi.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Alvin Kibin selepas dia mengaku bersalah membeli lima tiket teka-teki Wah Hui pada 25 Mac tahun ini, jam 4.30 petang, di laluan kaki lima sebuah restoran di pekan baharu Putatan.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Alvin ditahan polis semasa Ops Dadu di tempat itu selepas didapati memiliki peralatan perjudian termasuk pencetak mudah alih, telefon bimbit dan wang tunai RM40.

Alvin didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
KUCHING: Thailand Week is set to make its first-ever appearance in Kuching, happening from July 31st to August 3rd, 2025, at the Center Court and Second Floor of The Spring Shopping Mall.
Dia meminta hukuman ringan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 39 tahun, yang secara curang memasukkan RM50,000 ke dalam akaun banknya tiga tahun lalu didenda RM100 atau tiga hari penjara.

Advertisement
Hong Chin Chai mengaku memiliki wang kepunyaan sebuah syarikat, dalam akaun Maybanknya, di mana dia gagal menjelaskan bagaimana dia memperolehnya antara 31 Okt 2021 dan 1 Nov, tahun sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement
Tidak diwakili, Hong merayu hukuman ringan dan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak akan membenarkan orang lain meminjam kad banknya pada masa hadapan.

Sementara itu, empat lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana mengambil syabu. Azfar Amar, Md Fitriansyah, Nurham Raji dan Masbun Alama mengaku bersalah secara berasingan melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Azfar, Fitriansyah dan Nurham masing-masing dipenjara tujuh bulan setiap seorang manakala Masbun dipenjara enam bulan.

Inspektor Alia Nuurlysa Adnan melakukan pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here