Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Rawatan percuma pusat hemodialisis bagi bekas polis
Published on: Tuesday, September 03, 2024
Published on: Tue, Sep 03, 2024
Text Size:
Text:
Rawatan percuma pusat hemodialisis bagi bekas polis
JUHAR (tengah) bergambar bersama rombongan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Sabah.
Kota Kinabalu: Ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Sabah kini boleh menikmati rawatan secara percuma di pusat hemodialisis mulai penghujung tahun ini.

Pengerusi Biro Korporat Ekonomi persatuan tersebut, Datuk Seri Zulfakar Hashim berkata pusat hemodialisis yang beroperasi dengan 16 unit mesin itu akan dibuka di Kota Kinabalu.

Advertisement
“Kita ada 300 lebih orang ahli persatuan yang menghidap sakit buah pinggang yang terpaksa beratur dan menunggu giliran di hospital kerajaan.

“Pada tahun ini, kita akan buat pusat dialisis di bawah persatuan bekas Polis Diraja Malaysia Sabah, bertempat di Kota Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Kita akan mulakan dengan 16 mesin yang mana ahli-ahli persatuan kita boleh mendapat rawatan secara percuma dengan pusat dialisis yang sedia ada,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bagaimanapun, pihaknya juga mempertimbangkan cadangan Tun Juhar supaya pusat hemodialisis berkenaan ditubuhkan di bandar lain seperti Tawau dan Sandakan.

Advertisement
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sabah, Datuk Awang Kassim Gemok yang mengetuai kunjungan terbabit di Istana Seri Kinabalu menyatakan, kunjungan itu bertujuan untuk melaporkan perkembangan persatuan.

“Sejak 2019, baru hari ini kita memberi penjelasan kepada Tun di mana sebelum ini kami hanya mempunyai tujuh daerah cawangan, sehingga hari ini kita mempunyai 16 daerah cawangan dengan keahlian persatuan seramai 6,426 orang.

Advertisement
“Aktiviti kami menjurus kepada kebajikan dan hari ini, saya dan rombongan hadir untuk memperjelaskan kepada Tun Juhar bahawa kami telah membawa persatuan ini untuk dikorporatkan,” jelasnya.

Pada Isnin, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Malaysia, Md Shameem Ahsan yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama hubungan dua hala antara negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here