Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Mara buka 16 outlet jenama khas ke Sabah
Published on: Wednesday, September 04, 2024
Published on: Wed, Sep 04, 2024
By: Izzah Amirah
Text Size:
Text:
Mara buka 16 outlet jenama khas ke Sabah
ZULFIKRI menyempurnakan Majlis Peluncuran ProsPEC Sabah, di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengembangkan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProsPEC) ke Sabah dengan sebanyak 16 outlet jenama khas Mara dibuka setakat bulan lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Mara, Datuk Zulfikri Osman, berkata pembukaan outlet terbabit di seluruh negeri berjaya mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Advertisement
Katanya, daripada 16 outlet itu, sebanyak 13 outlet adalah Uni Klinik dan dua premis Uni Dental untuk klinik gigi, manakala satu lagi ialah outlet yang menyediakan khidmat perakaunan, iaitu PACCT.

“ProsPEC Sabah pada hari ini berjaya membangunkan 13 buah Uni Klinik, dua Uni Dental dan satu PACCT (Perakaunan). 

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Setakat Disember 2023, sejumlah RM5 juta dana pembiayaan disalurkan bagi 16 pembukaan cawangan jenama khas di Sabah ini.

“Limpahan manfaat daripada usaha ini juga menyediakan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. 

Advertisement
“Bahkan, rekod jualan usahawan juga sangat memberangsangkan dengan jumlah RM4.072 juta setakat Ogos 2024,” katanya ditemui selepas Majlis Peluncuran ProsPEC Sabah, di sini, pada Selasa.

Hadir sama ialah Pengarah Mara Sabah, Dr Shahrizin Abdul Sarhadat.

Advertisement
Zulfikri berkata, sebanyak 13 lagi outlet termasuk Uni Farmasi dijangka dibuka di seluruh negeri menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Katanya, pembukaan lebih banyak outlet jenama khas Mara itu berdasarkan sambutan baik masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan usahawannya setakat ini.

“Setakat ini, Mara Sabah sudah melatih seramai 29 usahawan Bumiputera profesional untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang perubatan, pergigian dan perakaunan menerusi Program ProsPEC.

“ProsPEC adalah sebuah program khas keusahawanan berstruktur yang lebih memfokuskan bidang perubatan, farmasi, kejuruteraan, guaman, perakaunan, seni bina juruukur bahan, dan lain-lain bidang profesional.

“Alhamdulillah, jumlah itu adalah yang kedua tertinggi selepas Selangor. Ini adalah satu platform menggalakkan golongan profesional memiliki perniagaan sendiri melalui jenama khas Uni Klinik, Uni Dental, Uni Farmasi dan PACCT,” katanya.

Jenama khas itu katanya diwujudkan sebagai kemudahan kepada golongan profesional seperti doktor untuk memulakan perniagaan sendiri dengan sokongan latihan keusahawanan dan dana daripada Mara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here