Wed, 9 Oct 2024
HEADLINES :


Rakyat kini bijak tentukan masa depan politik, kata Ronald
Published on: Wednesday, September 04, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Rakyat kini bijak tentukan masa depan politik, kata Ronald
RONALD (berdiri di hadapan tengah) bersama Ketua -Ketua Cawangan Bersatu di kawasan Libaran.  
SANDAKAN: Rakyat Sabah kini bijak dalam menentukan masa depan politik mereka,kata Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. 

Justeru kata Ronald, pemimpin parti politik tidak boleh perkecilkan kebijaksanaan rakyat Sabah dalam memilih yang terbaik untuk negeri Sabah. 

“Antara apa yang disajikan kepada rakyat  kita adalah bahawa Sabah kononnya harus berpaksikan kepada parti-parti tempatan Sabah dan bukannya parti nasional. 

“Itu adalah sajian politik yang mereka kemukakan tetapi mereka tidak boleh perkecilkan kebijaksanaan rakyat Sabah untuk menilai dalam konteks mana Sabah ini perlu diangkat dan diperjuangkan,” katanya. 

Pengerusi Bersatu Sabah itu juga berkata, banyak masalah di negeri Sabah ini yang perlu diperjuangkan dan diangkat ke peringkat nasional sekaligus memberi kelebihan kepada parti nasional untuk membawa masalah-masalah tersebut. 

Ronald berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pembugaran dan Pemantapan Jentera Pilihanraya Bersatu Bahagian Libaran 2024 di Pavilion Hotel, baru-baru ini. 

Mengulas lanjut mengenai ‘Pembugaran dan Pemantapan’ jentera pilihanraya, Ronald berkata ianya merupakan langkah-langkah yang diambil bagi mempersiapkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menghadapi pilihan raya negeri akan datang. 

“Melalui ‘Pembugaran dan Pemantapan’ kita berjaya mengolah kembali Bahagian-Bahagian Bersatu di negeri Sabah dimana 23 dari 25 Bahagian telah pun mempunyai jawatankuasa yang dibugar semula untuk menghadapi pilihanraya negeri akan datang ini. 

“Pada masa yang sama, kita juga mendampingi rakyat dan jelas sekali bahawa sebahagian rakyat yang pernah bersama dengan Bersatu masih kekal bersama Bersatu.

“Sebagai contoh, Libaran merupakan antara kawasan yang mempunyai ahli-ahli yang lengkap dan bersemangat untuk berjuang bersama dengan Bersatu dan PN,”kata Ahli Parlimen Beluran itu. 

Sementara itu, Ketua Bahagian Bersatu Libaran, Yunus Nurdin optimis dengan jentera parti bagi Bahagian Libaran yang telah bersedia menghadapi pilihanraya negeri. 

“Untuk pemilihan kerusi ini kita akan serahkan kepada pucuk pimpinan tetapi kita memang telah bersedia untuk ketiga-tiga kerusi DUN di Bahagian Libaran ini. 

“Kita juga yakin dengan sokongan pengundi muda. Berdasarkan statistik pengundi yang lepas, golongan yang paling ramai menngundi di kawasan Libaran ini adalah golongan muda iaitu 49 tahun ke bawah. 

“Respon anak-anak muda d kawasan Libaran juga baik. Libaran ada 114 cawangan Bersatu yang berdaftar dan aktif dengan anggaran lebih kurang dalam 13,000 ahli yang kebanyakannya anak muda,” katanya. 

Majlis Pembugaran dan Pemantapan tersebut dihadiri oleh Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Cawangan Bersatu di Bahagian Libaran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here