Wed, 9 Oct 2024
HEADLINES :


100 pelajar IPT seluruh negara sertai misi sukarelawan siswa
Published on: Wednesday, September 04, 2024
Text Size:

100 pelajar IPT seluruh negara sertai misi sukarelawan siswa
TUN Juhar merakamkan gambar bersama 100 peserta Sukarelawan Siswa ke Sabah.
Kota Kinabalu: Seramai 100 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh negara terpilih untuk menyertai Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan ke Sabah 2024.

Majlis Flag Off program tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Juhar Datuk Haji Mahiruddin. 

Ia turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Sabah, Datuk Haji Ruslan Muharam;  Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, Tan Sri Dato Haji Alimudin Haji Md Dom; dan Penolong Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree di Dewan Bankuasi, UMS.

Menurut Saraswathy, misi sukarelawan ini adalah satu daripada platform yang penting kerana ia menjadi tapak integrasi nasional individu dari latar belakang yang berbeza untuk berbeza untuk bersatu demi matlamat yang lebih besar. 

“Misi Sukarelawan Siswa juga menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelawan agar semangat sukarelawan dipupuk dan dibudayakan dalam kalangan masyarakat di pelbagai peringkat.

“Penyertaan dan penglibatan secara langsung dalam aktiviti yang bertunjangkan kesukarelawan di pelbagai peringkat juga mampu melahirkan belia yang bersemangat patriotik dan muhibah yang tinggi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, program Ini Warisan Kita adalah satu inisiatif Kementerian Perpaduan Negara yang dilancarkan pada tahun 2023, dan merupakan salah satu pengisian utama program flagship kementerian iaitu Kembara Perpaduan Malaysia Madani.

“Ini sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan membangun Malaysia Madani yang menerapkan elemen hormat-menghormati serta menjadikan warisan sebagai salah satu platform pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sehingga tahun 2023, sebanyak tujuh misi sukarelawan siswa ke Sabah telah dijalankan di 36 buah lokasi, dengan penglibatan seramai 608 sukarelawan siswa yang telah melaksanakan sebanyak 1,054 projek sukarelawan,” ujar beliau. 

Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah yang berlangsung bermula 1 hingga 18 September ini menyaksikan sukarelawan akan dihantar ke enam daerah berasingan iaitu Penampang, Kudat, Kota Belud, Beaufort, Papar, dan Kota Kinabalu.

Para pelajar akan melaksanakan beberapa projek utama seperti membaik pulih Kompeni A, Batalion 2, infrastruktur sekolah dan masjid di lokasi yang terlibat.

Para peserta juga akan mengadakan projek sukarelawan berdasarkan enam teras kesukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mengikut keperluan lokasi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here