Fri, 25 Apr 2025
Headlines:
Lelaki maut dalam kemalangan babit dua motosikal
Published on: Wednesday, September 04, 2024
Published on: Wed, Sep 04, 2024
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Lelaki maut dalam kemalangan babit dua motosikal
PELANGGARAN dua motosikal menyebabkan seorang lelaki warga asing berusia 54 tahun maut 
PAPAR: Seorang lelaki warga asing berusia 54 tahun maut akibat cedera parah manakala seorang lagi parah berikutan pelanggaran dua motosikal di Lebuhraya Pan Borneo, dekat Kampung Andus, di sini, Ahad.

Berdasarkan siasatan awal, Ketua Polis Daerah Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa maut – bersama seorang pembonceng – menghala ke Kimanis dari Andus bertembung dengan sebuah lagi motosikal menuju ke arah bertentangan.

Advertisement
“Ketika itu, dipercayai penunggang sebuah lagi motosikal – berusia 14 tahun - yang dalam perjalanan dari Benoni hilang kawalan sebelum bertembung dengan mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, lelaki itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ari Hospital Papar yang berada di tempat kejadian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Katanya, remaja itu parah manakala pembonceng, 57, yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, mangsa maut dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here