Kota Kinabalu: Persatuan Bumiputera Bajau Semporna (Perbubas) mahu Jabatan Pendidikan Negeri mempertimbangkan tradisi melantik anak tempatan Semporna sebagai Pegawai Pendidikan Daerah seterusnya.
Pengerusinya Mansor Santiri berkata demikian selepas menerima sekurang-kurangnya lima aduan berikutan pelantikan Rozita Anjuh dari Kota Belud baru-baru ini.
“Ini adalah kali pertama orang dari luar Semporna dilantik mengisi jawatan itu sejak kali terakhir dipegang oleh British sebelum pembentukan Malaysia.
“Beliau layak tetapi terdapat begitu ramai yang mempunyai kelayakan setaraf dari Semporna yang telah memohon dan ditemu duga untuk jawatan itu.