SANDAKAN: Kapal pameran buku terapung antarabangsa, Doulos Hope
(gambar), kini berlabuh di pelabuhan Sandakan hingga 22 September.
Kapal kembarnya, Doulos, juga singgah di sini pada November 2000.
Advertisement
Majlis perasmian kapal itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Dalam ucapannya, Vivian berkata, ia satu penghormatan besar untuk Doulos Hope berada di Sandakan.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
“Kapal ini adalah simbol komitmen kita bersama untuk menyebarkan pengetahuan, memberikan bantuan, dan memupuk harapan ke seluruh dunia. Kumpulan ini menunjukkan semangat kerjasama antarabangsa dan tujuan bersama.
“Kesungguhan usaha mereka termasuk pengarah, kapten dan semua kru sukarelawan adalah bukti apa yang boleh dicapai apabila orang dari latar belakang berbeza bersatu dengan matlamat yang sama,” katanya.
Sementara itu, Pengarahnya, Nathan Schmutz berkata, visi kapal itu adalah untuk berkongsi ilmu, bantuan dan harapan di seluruh dunia, selain menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Kami mempunyai lebih 100 sukarelawan dari lebih 30 negara berbeza,” tambahnya.
Hadir sama, Kapten Doulos Hope, BJ Tira dari Filipina dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Wilson Thomas.
Pengunjung Doulos Hope ditawarkan pilihan lebih 2,000 judul buku berbeza pada harga berpatutan.
Buku-buku ini merangkumi pelbagai subjek termasuk sains, perubatan, seni, bahasa, kepercayaan, hobi, memasak dan sukan.
Dengan tajuk kanak-kanak, teks akademik, kamus, atlas dan banyak lagi, lawatan ke pameran buku ini pastinya boleh dinikmati seisi keluarga.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia