SITI (ketiga, kiri) menunjukkan dadah yang disimpan dalam bungkusan emas yang dirampas.
Kota Kinabalu: Cubaan menyeludup syabu seberat lebih 20kg digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah dalam operasi di gudang Mas Cargo, di sini, pada 30 Ogos lalu.
Ketua Penolong Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata, dalam operasi 9 malam itu, sepasukan anggota narkotik dan pegawai kastam menemui bungkusan emas yang mencurigakan di mana dadah itu disimpan di dalam kotak.
“Dadah syabu seberat 20.295kg dan bernilai RM649,440 itu ditemui dalam kira-kira 20 bungkusan plastik emas berlabel ‘Guanyingwang’ yang bertujuan memperdaya pihak berkuasa.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan jika ada rangkaian sindiket lebih besar terlibat dan memastikan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media di Menara Kastam Sabah, di sini, Rabu.
SPONSORED CONTENT
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event.
Menurut Siti, modus operandi itu melibatkan penggunaan bungkusan plastik emas untuk menyeludup barang ke negara ini melalui pengangkutan kargo udara.
“Berdasarkan siasatan awal, dadah itu dihantar ke alamat palsu dan kami sedang mengenal pasti pihak terlibat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup,” katanya.
Sementara itu, Siti berkata kegiatan penyeludupan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada negara dari segi kehilangan hasil tetapi juga mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
Beliau menggesa orang ramai untuk bekerjasama dalam memerangi penyeludupan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, khususnya jabatan, pada talian bebas tol 1-800-88-8855.
“Jabatan akan menjaga dan melindungi identiti setiap pemberi maklumat,” tambahnya.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia