Panel tangani masalah dokumen: Pasukan Petugas Khas penduduk Sabah tanpa dokumen juga ditubuhkan
Published on: Thursday, September 05, 2024
HAJIJI mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet JKM.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan (JKKSK) dan Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet Negeri pada mesyuaratnya, Rabu, menyokong penubuhan JKKSK untuk meneliti, memastikan, menyelaras dan membantu dalam menyegerakan permohonan baharu dan tunggakan berkaitan isu kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di negeri ini.
ADVERTISEMENT
Mengumumkan demikian pada mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Menara Kinabalu, Rabu, beliau berkata JKKSK akan diamanahkan untuk mengesyorkan pendaftaran kanak-kanak dan sesiapa di bawah 21 tahun sebagai warganegara tertakluk kepada Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan –Peruntukan Am tentang Pendaftaran.
“Keputusan penubuhan Jawatan-kuasa Khas ini dibuat berikutan kes berleluasa kanak-kanak dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan IC (kad pengenalan) menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti untuk bersekolah. Lazimnya, ini disebabkan kecuaian ibu bapa mereka,” katanya.
JKKSK akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah, manakala Jabatan Pendaftaran Sabah serta Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri akan menjadi urusetia bersama.
Hajiji berkata semua permohonan akan disaring dan disyorkan kepada Jawatankuasa Khas oleh JKKSK - Panel Sabah yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri serta Setiausaha Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Sabah.
ADVERTISEMENT Bagi Pasukan Petugas Khas menangani isu penduduk Sabah tanpa dokumen pengenalan diri, Ketua Menteri berkata ia akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS), yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah.
Pasukan Petugas Khas yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu bertujuan untuk menyelesaikan masalah berterusan warga tanpa dokumen di negeri ini.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.