Tue, 17 Sep 2024

HEADLINES :



Tukang gunting di Tawau dipenjara, sebat kerana liwat remaja hingga positif HIV
Published on: Thursday, September 05, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Tukang gunting di Tawau dipenjara, sebat kerana liwat remaja hingga positif HIV
Semasa keterangan diambil, mangsa mengakui melakukan hubungan sejenis/ songsang (liwat) dengan tertuduh sejak mangsa berada di Tingkatan Satu lagi di kedai gunting lelaki tersebut. (Gambar: Harian Ekspres/Lagatah Toyos)
TAWAU: Seorang tukang gunting rambut dihukum penjara sembilan tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana meliwat seorang remaja lelaki sehingga mangsa mendapat HIV pada Mac lalu.

Meruan Daud, 49, mengaku salah di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya bahawa dia melakukan jenayah itu ke atas mangsa, 16, di kedai gunting miliknya di Kg Mentadak Baru, Sungai Tamang, Pulau Sebatik, kira-kira 12 tengah hari, pada 11 Mac 2024.

Mangsa sebelum itu dirujuk ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau daripada Klinik Kesihatan Tawau dan hasil ujian HIV rapid test mendapati dia positif HIV.

Semasa keterangan diambil, mangsa mengakui melakukan hubungan sejenis/songsang (liwat) dengan tertuduh sejak mangsa berada di Tingkatan Satu lagi di kedai gunting lelaki tersebut.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here