SANDAKAN: Seramai 652 warga Filipina dihantar pulang ke negara asal dari Pelabuhan Sandakan menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) Siri 13 yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Sabah pada Khamis.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata PTI yang terlibat dihantar pada kali ini melibatkan tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Papar, Depot Imigresen Sandakan dan Depot Imigresen Tawau.
Advertisement

Ia melibatkan 469 lelaki, 130 wanita, 43 kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan 10 kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah.