KUALA PENYU: Penduduk di sini bimbang mengenai hakisan pantai bermula dari Pantai Palu-palu hingga ke Pantai Tg Purun yang semakin teruk.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung Palu-Palu Ramzeini@Awang Safarali Ramli, memberitahu Daily Express di sini pada Isnin bahawa keadaan itu menyebabkan banyak pokok tumbang.
“Pantai ini amat penting kerana ia memudahkan aktiviti riadah orang ramai setiap pagi dan petang, dan satu-satunya pantai yang cantik dan paling indah di sini.
“Ia merupakan tapak perkhemahan orang ramai termasuk kanak-kanak yang menjalankan aktiviti mereka tetapi keadaannya yang rosak akibat pokok tumbang menyebabkan orang ramai mengelak kawasan itu,” katanya.