Wed, 16 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Bulan penuh usaha menyelamat hidupan liar
Published on: Friday, September 06, 2024
Published on: Fri, Sep 06, 2024
By: Suria Abdullah
Text Size:
Share this story
Bulan penuh usaha menyelamat hidupan liar
Seekor kokang selamat diselamatkan daripada dilanggar kenderaan di sepanjang jalan Penampang. (Gambar fail: Scubazoo)
Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) bersama Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU) menjalani Julai yang penuh makna dengan usaha penyelamatan dan program-program yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.

Ini termasuk menyelamatkan tenggiling Sunda yang dilindungi, mengembalikan anak gajah yang tersesat kepada kawanannya, menyelamatkan kongkang daripada dilanggar kenderaan di tepi jalan di Penampang, dan memindahkan seekor harimau dahan dari Inobong.  

Advertisement
Menurut Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU), salah satu usaha menyelamat pertama mereka adalah seekor anak tenggiling betina seberat 14kg yang ditemui oleh seorang penduduk di atas bumbung rumahnya di Pitas pada 10 Julai.  

Penduduk itu segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Pitas untuk bantuan, dan mereka bertindak pantas dengan mengawal kawasan berkenaan dan memastikan anak tenggiling itu selamat sebelum menyerahkannya kepada WRU.  

SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™  local pastes
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™  cooking pastes.
Sementara itu, di Penampang, seorang penduduk menemui seekor tenggiling setelah mendengar anjing menyalak di kawasan perumahannya.  

Menyedari ancaman maut yang dihadapi tenggiling itu, dia segera menghalau anjing-anjing tersebut dan menghubungi WRU, yang membawa kepada penyelamatan tenggiling jantan seberat 8.7kg terbabit.  

Advertisement
Kedua-dua tenggiling tersebut tidak mengalami kecederaan dan kemudiannya dihantar ke klinik Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk penilaian lanjut.  

Selepas tempoh pemerhatian singkat oleh pakar, tiada tanda-tanda tekanan atau kecederaan serius pada kedua-dua tenggiling, dan ia kemudiannya dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat dan terpencil untuk mengelakkan pertemuan dengan haiwan domestik di masa hadapan.  

Advertisement
Dalam usaha menyelamat lain, pegawai WRU dimaklumkan bahawa seekor anak gajah jantan, berusia kira-kira setahun, telah terpisah dari kawanannya.  

Anak gajah itu ditemui oleh pasukan Aki Keramuak semasa menjalankan tinjauan di kampung terpencil Keramuak sebelum memaklumkan kepada JHL dan WRU.  

Walaupun pasukan tersebut biasa dengan kehadiran gajah di hutan sekeliling, mereka merasakan ia jarang untuk melihat seekor anak gajah bersendirian.  

Setelah diperhatikan dengan lebih dekat, mereka mendapati beberapa luka lecet di kaki dan muka anak gajah itu, kemungkinan akibat daripada perjalanan solo melalui kawasan berbatu.  

Pasukan renjer WRU tiba dengan segera dan menjejaki anak gajah tersebut melalui hutan tebal, bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan kru Aki Keramuak.  

Selepas beberapa jam pencarian, mereka akhirnya menemui anak gajah itu, yang kelihatan lemah. Pasukan tersebut dengan berhati-hati mendekati anak gajah yang kelihatan ketakutan dan keletihan.  

Setelah menenangkannya, mereka memeriksa lukanya dengan lembut, membersihkan luka tersebut dan menggunakan salap untuk mengelakkan jangkitan.  

Memandangkan kawanan anak gajah itu sudah tidak kelihatan dan ia memerlukan penjagaan perubatan, anak gajah tersebut dipindahkan ke Pusat Perlindungan Gajah Borneo (BES) pada keesokan harinya.  

Pemindahan ke BES memberikan anak gajah itu peluang baharu, di mana ia diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan rumah baharunya. Lama kelamaan, ia menunjukkan tanda-tanda peningkatan kesihatan dan keyakinan.  

Renjer dari Zoo Oregon kini bertanggungjawab menjaga anak gajah tersebut dan memastikan ia mendapat semua keperluan, daripada pemakanan yang betul hingga interaksi sosial dengan gajah lain di pusat perlindungan.  

Pada 31 Julai, WRU menerima panggilan mengenai seekor kongkang – primat berbisa – yang terkandas di tepi jalan berhampiran rumah pemberi maklumat di Penampang.  

Sebaik tiba, pasukan menilai situasi dan memeriksa kokang itu sama ada ia mengalami kecederaan atau tanda-tanda tekanan dengan menggunakan alatan diperlukan untuk menangani haiwan tersebut dengan berhati-hati, memandangkan sifatnya yang sensitif dan kemungkinan tertekan kerana berada di persekitaran bandar.  

Mereka juga mengumpul maklumat daripada penyelamat untuk memahami dengan lebih baik keadaan penemuan kokang tersebut sebelum membawanya ke klinik Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk pemeriksaan perubatan yang lebih menyeluruh.  

Di fasiliti tersebut, kokang itu menjalani pemeriksaan kesihatan komprehensif, termasuk memeriksa kecederaan, tanda-tanda kekurangan zat makanan, dehidrasi, atau penyakit.

Bagaimanapun, kokang itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilepaskan kembali ke habitat asal oleh kakitangan klinik.  

Selain menyelamat, WRU bersama JHL mengadakan bengkel untuk mendidik dan melibatkan komuniti Kinabatangan dalam penangkapan kera dengan cara yang selamat dan berperikemanusiaan, memandangkan haiwan itu sering menceroboh kediaman manusia dan kawasan pertanian.  

Kepelbagaian biodiversiti di Kinabatangan yang kaya dengan kawasan penempatan manusia yang semakin berkembang sering menyebabkan konflik antara manusia dan kera.  

Disebabkan kekurangan tenaga kerja untuk menangani aduan di seluruh Sabah, penglibatan masyarakat dalam membantu mengurangkan isu ini adalah penting.  

Bengkel ini diakhiri dengan pemasangan perangkap jaring oleh peserta sebagai cara untuk mengesan kemungkinan penangkapan. Walaupun belum ada penangkapan, perangkap itu dipantau dan diselenggara secara berkala untuk memastikan ia kekal kukuh.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here