Dua juta pekerja Sabah bakal nikmati manfaat pindaan ordinan buruh
Published on: Friday, September 06, 2024
By: Mardinah Jikur
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata, pindaan itu bersejarah dan diusahakan selama hampir 20 tahun.
SANDAKAN: Kira-kira dua juta pekerja di Sabah bakal menerima manfaat berkaitan antaranya jumlah cuti materniti, akan mempunyai cuti paterniti, masa kerja fleksibel dan mempunyai hak anti diskriminasi pekerja sama seperti pekerja di Semenanjung sekiranya pindaan Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) diluluskan di Parlimen selepas bacaan pertama diusulkan di Dewan Rakyat pada Julai lepas dan bacaan kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, berkata, pindaan yang bersejarah itu dan diusahakan selama hampir 20 tahun itu juga akan menyeragamkan hak serta perlindungan golongan pekerja di Sabah dengan Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) jika ia diluluskan.
ADVERTISEMENT Pihaknya juga merakam penghargaan kepada semua Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyokong usaha pindaan rang undang-undang berkaitan Ordinan Buruh Sabah yang bakal dinikmati oleh pekerja di Sabah jika pindaan ordinan berkenaan diluluskan.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.