Tue, 20 May 2025
Headlines:
Ben ke Grand Final Jelajah Golf Remaja Hainan 2024
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Text:
 Ben ke Grand Final Jelajah Golf Remaja Hainan 2024
BENEDICT (kiri) menerima hadiahnya daripada pengarah eksekutif SportExcel Malaysia C. Sivanandan.
Kota Kinabalu: Pemain golf remaja yang sedang meningkat naik, Benedict Wong mempamerkan kejayaan di persada antarabangsa dengan beberapa pencapaian yang mengagumkan baru-baru ini.

Pemain tempatan berusia 18 tahun yang terkenal dengan pukulan bola mengagumkan dengan jarak 300 ela, adalah cucu kepada bekas juara Peter Wong.

Advertisement
Ben melayakkan diri ke Grand Final Jelajah Golf Remaja Hainan 2024 yang akan diadakan di Kelab Golf Oak Forrest, Wanning, Hainan di China pada 26-29 September.

Dia melayakkan diri berikutan kejayaannya di “Piala Oak Forest “ Stesen Malaysia untuk Jelajah Golf Remaja China Hainan yang diadakan di Padang Golf Glenmarie di Shah Alam, Selangor awal bulan lalu apabila merangkul kejuaraan kumpulan A dengan jumlah mata keseluruhan 225 menewaskan lawannya dari negara-negara lain.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Ben akan menjadi satu-satunya rakyat Malaysia dalam grand final disertai tiga pemain masing-masing dari China dan Korea serta seorang dari Thailand.

Bapanya Alan, ketika dihubungi, gembira dengan perkembangan anaknya tetapi berkata Ben masih perlu memperbaiki pukulan-pukulan pendeknya.

Advertisement
Dia percaya jika dia mampu menguasainya, Ben akan akan mengalami kesukaran untuk melakukan catatan-catatan di bawah par.

Alan juga berharap kejayaan anaknya itu akan memberi inspirasi kepada lebih ramai belia di negeri ini untuk menyertai sukan golf.

Advertisement
Tambahnya, anaknya yang merupakan pelajar cemerlang dan kini belajar di Universiti Hong Kong baru sahaja bertanding di Terbuka Amatur Hong Kong yang diadakan di Kelab Golf Hong Kong. 

Menurutnya, pemain muda itu sekali lagi mempamerkan aksi sangat baik menentang pesaingnya yang lebih berpengalaman dan senior untuk menamatkan saingan di tempat keempat dalam penampilan sulungnya pada kejuaraan itu dengan catatan empat hari sebanyak 285 mata.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here