Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
652 warga Filipina dihantar pulang
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
652 warga Filipina dihantar pulang
SEKITAR program pengusiran itu di Pelabuhan Sandakan.
SANDAKAN: Seramai 652 warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) Siri 13 yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah bagi kategori usir melalui laut bagi 2024 melalui Pelabuhan Sandakan ke Bandar Zamboanga, Filipina pada Khamis.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata, kesemua PTI yang dihantar kali ini melibatkan tahanan warganegara Filipina dari Depot Imigresen Papar, Depot Imigresen Sandakan dan Depot Imigresen Tawau.

Advertisement
Ia melibatkan 469 lelaki, 130 wanita, 43 kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan 10 kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah.

Beliau berkata purata umur tahanan terlibat dalam pemindahan kali ini antara dua bulan hingga 76 tahun.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Kanak-kanak terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Katanya, kesemua PTI yang dipindahkan itu melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

Advertisement
Tambahnya, hukuman yang dikenakan juga adalah berdasarkan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar ke negara asal dikenakan.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 3,118 tahanan warga Filipina telah dipindahkan setakat  ini melibatkan pengangkutan laut dan udara, menjadikan keseluruhan 4,809 warga asing telah dihantar pulang.

Advertisement
Jelasnya, kekerapan program pemindahan tahanan warganegara Filipina yang dilaksanakan oleh JIM Sabah juga tertakluk dengan kerjasama pihak kedutaan Filipina dalam mempercepatkan proses dokumentasi untuk membolehkan tahanan terlibat dipindahkan ke negara asal.

Sementara itu, beliau mengingatkan majikan yang menggaji pekerja asing untuk memastikan semua pekerja terlibat mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk bekerja di Sabah.

Selain itu, katanya, semua individu yang memegang Pas Lawatan Sosial (PLS) bagi tujuan melancong juga diingatkan tidak menyalahgunakan pas untuk tujuan lain yang boleh menyebabkan mereka didakwa dan disenarai hitam untuk masuk semula ke Sabah dan negara ini sekiranya melanggar syarat-syarat pas yang ditetapkan. 

“Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI selaras dengan dasar serta perundangan yang berkuat kuasa,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here