Tue, 15 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Pindaan RUU buruh Sabah: 2 juta pekerja terima manfaat
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Share this story
Pindaan RUU buruh Sabah: 2 juta pekerja terima manfaat
Sim berkata, Kementerian bercadang untuk memperluas dan mempertingkatkan lagi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam Kesuma, untuk menawarkan kursus kemahiran berkaitan industri. - FOTO Bernama.
SANDAKAN: Kira-kira dua juta pekerja di Sabah bakal menerima manfaat termasuk cuti bersalin dan paterniti, masa kerja fleksibel dan mempunyai hak anti diskriminasi sama seperti pekerja di Semenanjung, sekiranya pindaan Ordinan Buruh Sabah (Sabah Bab 67) diluluskan di Parlimen.

Bacaan pertama diusulkan di Dewan Rakyat pada Julai lepas dan bacaan kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.

Advertisement
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pindaan bersejarah yang diusahakan selama hampir 20 tahun itu juga akan menyeragamkan hak serta perlindungan golongan pekerja di Sabah dengan Semenanjung Malaysia di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Beliau merakam penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyokong pindaan itu.

SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™  local pastes
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™  cooking pastes.
Sim berkata berkata Kementeriannya (Kesuma) mempunyai dana berjumlah kira-kira RM2.6 bilion dari segi sumber untuk peningkatan kemahiran dan pembangunan modal insan.

Jelasnya, Kesuma akan menggguna pakai dana ini yang terdiri dari levi HRD Corp, dari peruntukkan kerajaan dari segi peruntukkan institut perindustrian, kemahiran dan Talent Corp serta lain-lain untuk meningkatkan kemahiran mereka berhadapan cabaran masa kini iaitu kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan cabaran globalisasi.

Advertisement
“Dana itu, termasuk sumbangan daripada HRD Corp dan TalentCorp, akan digunakan untuk melabur dalam modal insan, memastikan tenaga kerja kami diperlengkapkan untuk menghadapi cabaran baharu seperti AI,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Tenaga Kerja Masa Depan dalam Pertanian Lestari, di sini, Jumaat.

Beliau menggesa majikan dan belia di Sabah mengambil kesempatan daripada RM60 juta yang diperuntukkan oleh HRD Corp untuk negeri tahun ini, bertujuan memupuk tenaga kerja mahir dalam sektor seperti pertanian.

Advertisement
“Di Sandakan sahaja, HRD Corp telah menyediakan RM6 juta untuk menyokong program latihan untuk belia tempatan,” katanya.

Beliau juga menggalakkan syarikat mengambil bahagian dalam program Akademi Dalam Industri (ADI), yang bertujuan untuk memupuk bakat tempatan dan membina tenaga kerja masa depan yang mampan dan berkemahiran tinggi.

“Kami menawarkan insentif untuk syarikat mengambil dan menyediakan 12 hingga 18 bulan latihan untuk pekerja,” katanya.

Sim berkata, Kementerian bercadang untuk memperluas dan mempertingkatkan lagi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam Kesuma, untuk menawarkan kursus kemahiran berkaitan industri.

Pada masa ini, Sim berkata, Kesuma juga sedang membuat laporan mengenai kesan kecerdasan buatan (AI), teknologi hijau dan cabaran globalisasi bagi pekerja yang terlibat dalam sektor berkaitan hari ini.

Beliau berkata kajian itu akan menyediakan rangka kerja strategik untuk menangani cabaran ekonomi abad ke-21 dan membantu menyediakan peningkatan kemahiran tenaga kerja dalam sektor yang terjejas oleh kemajuan teknologi ini.

“Laporan itu akan memberi kita gambaran yang jelas tentang prospek pekerjaan tertentu dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.”

Beliau berkata penemuan itu juga akan membimbing usaha untuk menangani jurang kemahiran dan mewujudkan peluang baharu selaras dengan pembangunan AI.

“Memandangkan AI membawa peranan baharu ke dalam tenaga kerja, kami akan menumpukan pada penyediaan latihan berkaitan yang akan membantu pekerja Malaysia berkembang maju dalam era pendigitalan dan ekonomi hijau ini,” tambahnya.

Forum itu menampilkan empat panel yang diketuai oleh Ketua HRD Corp Sandakan Zamri Elias, Dekan Fakulti Pertanian Lestari UMS Sandakan Prof Dr Abd Hamid Ahmad, Timbalan Pengerusi Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (Empa) Thomas Lim Sau Fong dan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Zainal Abidin Mohamad.

Terdahulu, Sim menyaksikan penyerahan surat tawaran latihan industri kepada pelajar daripada majikan serta penyerahan surat hasrat (LOI) untuk kerjasama dengan rakan kongsi utama untuk memajukan latihan kemahiran di samping membangunkan tenaga kerja masa depan dalam sektor pertanian lestari di Sabah .

LOI itu melibatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pertanian Sabah (SAD) dan Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (Empa).

Ini juga menandakan pencapaian penting bagi Negeri, di mana hubungan kerjasama antara HRD Corp, UMS, SAD dan Empa dimeterai untuk memenuhi keperluan sektor pertanian Sabah yang semakin berkembang.

LOI itu juga merupakan lambang usaha bersama dalam usaha membentuk tenaga kerja yang bersedia memperkukuh dan membangunkan sektor pertanian lestari di Negeri ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, Timbalan Pengerusi HRD Corp Ahsim Jamat, Ketua Eksekutif Datuk Wira Shahul Dawood dan Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here