Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Lelaki maut di Kota Kinabalu, lima cedera di Lahad Datu
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: Jimmy Goh dan Azmie Lim
Text Size:
Text:
Lelaki maut di Kota Kinabalu, lima cedera di Lahad Datu
MAYAT mangsa ditutup kain di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Seorang penghantar alat ganti maut selepas motosikalnya merempuh tiga kereta berhampiran Bilik Pameran Isuzu di Jalan Kolombong, pagi Jumaat.

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa berusia 21 tahun itu maut di tempat kejadian berikutan kemalangan jam 8.30 pagi itu.

Advertisement
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Alam Mesra dalam perjalanan ke tempat kerja di Penampang.

Siasatan awal polis mendedahkan lelaki itu telah bergesel dengan cermin kiri Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di Pusat Komersial i-Plaza, yang juga di Penampang.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Dia kemudian hilang kawalan dan terlanggar sebuah Van Nissan di hadapannya yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun, sebelum tercampak ke bucu kanan belakang sebuah Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 30 tahun yang menyebabkan kecederaan maut kepadanya.

Pegawai Penyiasat kes itu ialah Inspektor Royston, dibantu oleh Sarjan Iskandar.

Advertisement
Abang si mati turut berada di tempat kejadian dan jelas kelihatan amat tidak keruan.

Kesesakan lalu lintas selama dua jam berlaku dari kedua-dua arah menghala ke Tuaran dan ke kawasan bandar kerana ramai yang memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan kejadian itu.

Advertisement
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di LAHAD DATU, satu kemalangan membabitkan sebuah Proton Iswara Aeroback dan sebuah Proton Saga FLX di KM10 Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Jumaat menyebabkan tiga cedera parah dan dua lagi cedera ringan.

Ketua Polis Daerah ACP Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian berlaku apabila Proton Saga FLX yang menuju ke Sandakan dari Lahad Datu hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Iswara Aeroback dalam kejadian 4.30 pagi itu.

Pemandu Proton Iswara Aeroback dan dua penumpangnya cedera parah dengan dua daripadanya tersepit di dalam kenderaan.

ANGGOTA bomba membantu mangsa di Lahad Datu.

“Pemandu Proton Saga itu, warga Indonesia berusia 39 tahun dan seorang lagi penumpang Proton Iswara Aeroback mengalami cedera ringan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, sampel darah daripada dua pemandu itu diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian alkohol dan dadah.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang menyaksikan kemalangan itu boleh menghubungi S.I Yuslee Yussof pada talian 089-881255, atau datang ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here