Thu, 20 Mar 2025
Headlines:
Kaki tersepit dalam mangkuk tandas, murid tabika 2 jam tahan sakit
Published on: Saturday, September 07, 2024
Published on: Sat, Sep 07, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kaki tersepit dalam mangkuk tandas, murid tabika 2 jam tahan sakit
PASUKAN bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak itu yang tersepit dalam mangkuk lubang tandas.
KOTA BELUD: Seorang murid prasekolah terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam apabila kaki kanannya tersepit dalam mangkuk tandas di sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di Kampung Menungu di sini, Jumaat. Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan berjaya diselamatkan sepasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 pagi.

Advertisement
Katanya, seramai lapan anggota termasuk Pegawai bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, terdapat seorang kanak-kanak lelaki dengan kaki kanannnya tersepit di mangkuk tandas dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan kaki kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas (Paratech Tool)”. Operasi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit mengambil masa hampir dua jam sebelum berjaya dikeluarkan pada jam 12.40 tengah hari,” ujarnya.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Menurut Muhammad Syazwan, mangsa yang cedera ringan itu diberikan rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke Hospital Kota Belud menaiki ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan jam 12.53 tengah hari, tambahnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here