TAMBUNAN: Sistem Tagal yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah mampu mengekalkan kelestarian alam semula jadi jika ia dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, selain memulihara hidupan sungai terutama ikan sungai, sistem Tagal juga menjadi produk pelancongan dan tarikan pengunjung sama ada dari luar dan dalam negara.
“Tagal yang diurus dengan baik dapat mengekalkan keindahan alam semula jadi,” katanya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan itu ketika merasmikan Tagal Tradisi Kampung Marangas dan Kampung Lumayang dekat sini, Jumaat.
Advertisement