SEEKOR ular sepanjang empat kaki berjaya ditangkap di hadapan sebuah rumah di Taman Khazanah Indah pada Jumaat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.28 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota menggunakan jentera bomba dan kenderaan EMRS ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan menjalankan penilaian situasi dan berjaya menangkap ular itu dalam sepuluh minit. Operasi tamat jam 11 pagi selepas memastikan keadaan terkawal,” katanya.