Advertisement
SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
VOKAL Once ternyata masih ampuh selepas tiga dekad dalam industri muzik.
Advertisement
Advertisement

KUGIRAN Masdo ‘belanja’ penonton dengan seleksi lagu popular mereka.

ELICA antara artis Sabah yang membuat persembahan dalam konsert itu.

SAM dari kumpulan Bunkface dikerumuni penonton yang enggan melepaskan peluang untuk bergambar.
Mempersembahkan 11 lagu dalam konsert berkenaan, ternyata tiada satu pun lagu Dewa 19 dalam senarai, dan hanyalah seleksi lagu-lagu solo penyanyi dengan vokal lunak itu, termasuk beberapa dari album terbarunya, Sigma. Membuka persembahannya dengan lagu Kau dan Aku dan Simphoni Yang Indah, Once juga sempat mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Membawa barisan pemuzik yang hebat, Once turut menyanyikan lagu Untuk Kita, Ku Cinta Kau Apa Adanya, Satu Dari Sejuta, Don’t Stop Believin’ dari kumpulan Journey, Ditentukan Untuk Bersama dan Karena Ku Cinta Kau, nyanyian asal Bunga Citra Lestari. Pastinya yang paling-paling ditunggu oleh kira-kira 2,000 penonton yang hadir adalah lagu ‘berhantu’ yang cukup sinonim dengannya, Dealova. Dengan penonton turut menyanyi bersama sepanjang lagu itu, suasana itu diteruskan apabila Once menyampaikan lagu penutup Matilah Kau. Berbicara tentang konsert anjuran Fazbuzz Events & Media itu, pelantun Separuh Nafasku itu gembira dengan sambutan hangat daripada penonton. “Saya cukup gembira datang ke Kota Kinabalu dan bertemu peminat-peminat yang cukup ‘enthusiast’. “Walaupun ada beberapa lagu yang mungkin kurang dikenali, tetapi banyak juga lagu yang dikenali, dengan penonton turut menyanyi bersama-sama saya. “Tapi, paling mengejutkan apabila ramai yang tahu lagu Matilah Kau. Saya ingat orang tidak tahu mengenai lagu ini,” katanya, yang juga teruja melihat keindahan Kota Kinabalu. Dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam industri muzik, vokal penyanyi ini ternyata masih ampuh. Pada usia 54 tahun, Once kelihatan kekal bertenaga sepanjang kira-kira satu jam setengah membuat persembahan pada malam itu. Ditanya rahsianya kekal sihat dan awet muda, bapa kepada Manuel Mekel ini berkata: “Kerana saya main muzik, jadi saya melakukan sesuatu yang saya suka dalam hidup. Mungkin ini faktornya. “Saya menikmati hidup saya menerusi pekerjaan saya sebagai seorang penyanyi dan pemuzik, dan menyanyi juga hobi saya dari dulu lagi. Jadi ini banyak membantu,” katanya. Selain Once, konsert Kinabalu Music Fest turut menampilkan kumpulan Atmosfera, Bunkface, Elica Paujin dan Kugiran Masdo. [email protected]