Ketua adat perlu ketahui lebih dalam undang-undang adat
Published on: Monday, September 09, 2024
By: Marutin Ansiung
ROBERT (duduk tengah) diapit oleh Azri (kiri) dan Danil (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ketua-ketua adat.
KENINGAU: Pemegang adat yang dilantik dan diamanahkan sebagai pemegang adat perlu mengetahui lebih mendalam undang-undang Adat Anak Negeri Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pelantikan ini adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan.
ADVERTISEMENT Maka dengan itu katanya, semua pemegang adat yang diberikan amanah hendaklah melaksanakan tanggungjawab berpandukan dasar-dasar kerajaan.
“Ini penting supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dengan tulus dan berkesan” katanya semasa berucap pada upacara penyampaian ketua-ketua adat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor bertempat di Ficus Hall Taman Bandukan Riverside Resort dekat sini pada Jumaat.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata pelantikan itu adalah satu tanggungjawab yang mana perlu dilaksanakan dengan penuh integeriti.
Beliau beryakinan Ketua-Ketua Adat dapat memelihara adat resam yang diamalkan secara turun tenurun sejak sekian lama dan diwarisi daripada nenek moyang.
ADVERTISEMENT
Seramai 72 orang ketua adat di kawasan Bingkor menerima watikah pelantikan pada majlis itu.
Mereka yang menerima pelantikan terdiri daripada 6 orang Ketua Anak Negeri (KAN), 13 orang Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), 2 orang Ketua Masyarakat Cina dan 51 orang Ketua Kampung.
ADVERTISEMENT
Hadir sama Penolong Pegawai Keningau Azri Jefrey, Ketua Daerah N.40 Bingkor Danil Palangi dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Junior Fred.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.