Sun, 13 Oct 2024
HEADLINES :


PKR parti nasional pertama perjuang MA63
Published on: Monday, September 09, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

PKR parti nasional pertama perjuang MA63
Razeef turut memaklumkan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir merasmikan Program Himpunan Perdana Keadilan Rakyat Zon Pantai Timur di Tawau pada 19 Oktober depan.
Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti nasional pertama di negara ini yang memperjuangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimi berkata, perjuangan itu termaktub di bawah Fasal 5.8 perlembagaan parti sejak PKR ditubuhkan pada 4 April 1999.

Katanya, Fasal 5.8 berbunyi, ‘Menjunjung setia semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia Tahun 1963.

“Selain usaha kerajaan ketika ini, perlembagaan ini membuktikan MA63 telah dijadikan asas dalam perjuangan PKR sejak dari awal lagi berbanding parti nasional lain.

“Ini sekali gus, menolak tuduhan segelintir pihak kononnya PKR ‘baru muncul’ untuk ‘menunggang’ isu ini, sedangkan perjuangan MA63 sudah lama dan telah ada dalam perlembagaan PKR,” tegasnya pada sidang media di sini, Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Bendahari PKR Sabah, Datuk Nordin Ening.   

Dalam pada itu, Razeef yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat memaklumkan pihaknya akan mengadakan Sidang Rundingan Meja Bulat Keadilan Borneo pada 15 September ini.

Katanya, beberapa kepimpinan PKR Sabah dan Sarawak termasuk individu profesional akan hadir di sidang itu yang akan diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

“Beberapa agenda akan dibincangkan di acara selama sehari ini termasuk isu MA63 oleh kepimpinan PKR Sabah dan Sarawak serta beberapa individu penting lainnya.

“Antara yang dijangka terlibat adalah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjun, yang difahamkan akan menjadi salah seorang penceramah persidangan ini,” katanya.

Razeef turut memaklumkan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir merasmikan Program Himpunan Perdana Keadilan Rakyat Zon Pantai Timur di Tawau pada 19 Oktober depan.

Katanya, pada hari yang sama, Anwar dijadualkan untuk melawat lombong emas di Bukit Tundung Balung, Tawau untuk melihat operasi perlombongan mineral berkenaan.

“Selain itu, selepas mempengerusikan Mesyuarat MA63 yang akan diadakan pada 12 September ini di Kota Kinabalu, Perdana Menteri akan ke Lahad Datu bagi merasmikan program di Felda Sahabat,” katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here