Tue, 13 May 2025
Headlines:
Pembahagian kerusi antara parti komponen GRS: Akan dibincang dari hati ke hati: Masidi
Published on: Monday, September 09, 2024
Published on: Mon, Sep 09, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pembahagian kerusi antara parti komponen GRS: Akan dibincang dari hati ke hati: Masidi
MASIDI dan Nizam serta perwakilan yang hadir merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.
TAWAU: Pembahagian kerusi antara parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan dibincangkan dari ‘hati ke hati’, namun tetap berpegang teguh kepada prinsip asas mempertahankan apa yang ada.

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara itu berdasarkan atas andaian bahawa parti yang mempunyai calon terbaik dengan kebarangkalian lebih tinggi untuk menang, akan disokong untuk bertanding.

Advertisement
Ini kerana, katanya, tidak kira calon GRS tersebut datangnya daripada parti (komponen) mana, pada akhirnya kemenangan kerusi GRS adalah lebih penting.

“Prinsip asas kita adalah apa yang kita pegang sekarang, kita pertahankan dan selebihnya, kita bincang dari hati ke hati,” katanya kepada soalan wartawan berhubung pembahagian kerusi komponen GRS pada PRN17 akan datang.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Apas di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Ketua Bahagian PGRS Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Advertisement
Dalam pada itu, Masidi meminta semua rakan kongsi dalam GRS agar tidak khuatir sekiranya PGRS menjadi kuat kerana mereka berjuang untuk GRS.

“Kita mahu kuatkan PGRS agar dapat membantu calon-calon lain dalam kerajaan pada PRN akan datang…. Kita tiada niat untuk nencuri ahli mahupun merampas kerusi-kerusi yang sudah dipegang oleh sahabat-sahabat kita dalam GRS.

Advertisement
 “Malah, usaha kita untuk memperkuatkan parti adalah semata-mata agar sahabat-sahabat kita ini menang dalam PRN nanti kerana bagi kita, setiap kerusi GRS itu penting, tidak kira ditandingi oleh PGRS ataupun komponen GRS yang lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mahu bahagian-bahagian PGRS lain di negeri ini supaya mencontohi langkah-langkah dibuat oleh bahagian Apas yang bukan hanya memperkukuhkan parti tetapi juga sokongan rakyat kepada kerajaan.

Menurutnya, Nizam selaku ketua bahagian PGRS Apas berjaya menunjukkan kepimpinan cemerlang sehingga membolehkan parti itu menjadi parti terkuat di kawasan Apas.

Perkara itu, katanya, dapat dilihat melalui sambutan yang amat baik sekali pada mesyuarat bahagian tersebut, malah, keahliannya sudah mencecah lebih 11, 000 dengan 183 cawangan serta masih berusaha untuk membuka cawangan lain yang belum diwujudkan lagi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here