Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Seorang warga Filipina berusia 43 tahun yang merogol dan mencabul perempuannya, dipenjara selama 44 tahun dan diperintah dikenakan 21 kali sebatan rotan.
Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki terbabit selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol anak perempuannya dan satu pertuduhan mencabulnya.
Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu dipenjara 20 tahun serta 10 kali sebatan rotan kerana merogol kanak-kanak perempuan itu ketika itu berusia 12 tahun pada 2018 di belakang sebuah rumah di ladang kelapa sawit, di sini.
Kejadian berlaku apabila dia berpura-pura mengajak mangsa menangkap ayam, kemudian menariknya masuk ke dalam ladang di belakang rumah dan merogolnya di sana.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Untuk pertuduhan kedua, dia dihukum penjara 20 tahun lagi serta 20 kali sebatan rotan kerana merogol mangsa yang sama ketika berusia 13 tahun pada 2019 di ruang tamu sebuah rumah, di sini semasa tiada sesiapa di rumah apabila ahli keluarga yang lain pergi ke majlis perkahwinan.
Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.
Mangsa tidak mendedahkan kedua-dua kejadian itu kepada keluarganya kerana bapanya mengugut untuk membunuhnya.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dipenjara empat tahun lagi dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan kerana mencabul mangsa yang kini berusia 18 tahun, jam 1 pagi, 25 Ogos tahun ini di rumah yang sama.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman rogol serentak tetapi berturut-turut dengan hukuman cabul.
Kejadian itu terbongkar apabila rakan sekerjanya melihat mesej daripada lelaki itu dalam telefon bimbit mangsa.
Laporan polis dibuat pada 27 Ogos tahun ini dan lelaki itu ditahan pukul 5 petang pada hari tersebut.
Lelaki itu juga dipenjara empat bulan lagi kerana memasuki negeri ini secara haram.
Selepas menjalani hukuman penjara, lelaki itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan atas alasan lelaki itu merogol anak perempuannya sendiri yang sepatutnya dilindunginya dan bukan merogolnya.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia