Masyarakat disaran ambil berat penjagaan kesihatan
Published on: Tuesday, September 10, 2024
By: Azmie Lim
MIZMA menyampaikan hadiah kepada pemenang
LAHAD DATU: Masyarakat disaran agar mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, penjagaan kesihatan adalah penting demi kesejahteraan hidup diri sendiri serta keluarga.
ADVERTISEMENT Mizma berkata, dengan penjagaan kesihatan yang baik, individu dapat melaksanakan pelbagai aktiviti manakala mereka yang masih bekerja akan dapat memberikan prestasi kerja yang cemerlang.
Katanya, ramai anggota masyarakat yang mengambil ringan akan penjagaan kesihatan diri dan perkara ini perlu diubah dengan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.
“Kita sangat mengalu-alukan penganjuran program yang dapat membantu meningkatkan kesedaran serta menggalakkan amalan hidup sihat.
“Penjagaan kesihatan diri adalah penting bagi mengelak pelbagai implikasi kesihatan yang boleh memudaratkan diri dan keluarga,” katanya.
ADVERTISEMENT
Mizma berkata demikian ketika merasmikan Segama Night Run Event 2024 anjuran SMK Segama sempena sambutan 25 Tahun SMK Segama di Kompleks Sukan Lahad Datu, malam Sabtu.
Menurut Mizma, penjagaan kesihatan diri boleh dimulakan dengan mengubah cara pemakanan, bersenam dan mempraktikkan amalan gaya hidup sihat.
ADVERTISEMENT
Katanya, kini terdapat pelbagai program yang dianjurkan yang menjurus kepada galakan amalan gaya hidup sihat.
“Penyertaan dalam aktiviti seumpama ini merupakan satu langkah permulaan untuk menggalakkan amalan hidup sihat.
“Justeru itu, masyarakat disaran agar menyertai program-program kesihatan yang pastinya akan memberi manfaat serta menggalakkan kita untuk menjaga kesihatan diri,” katanya.
Sementara itu, Mizma turut menzahirkan ucapan tahniah kepada SMK Segama atas penganjuran program Segama Night Run ini, yang merupakan satu usaha untuk mengumpul dana bagi kegunaan pihak sekolah.
Mizma berkata, dana yang dikumpul pada acara ini akan digunakan untuk membaik pulih padang bagi kegunaan dan keselesaan para pelajar.
“Ini merupakan satu usaha murni yang harus kita sokong dan saya sangat menghargai usaha serta komitmen pihak sekolah dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk para pelajar,” tambahnya.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.