Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Kerjasama banteras jenayah kewangan di Kota Kinabalu
Published on: Tuesday, September 10, 2024
Published on: Tue, Sep 10, 2024
Text Size:
Text:
Kerjasama banteras jenayah kewangan di Kota Kinabalu
DR Sabin (kiri) dan Shamsun ketika menandatangani nota itu.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mencatat sejarah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di peringkat negeri yang memeterai kerjasama rasmi dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). 

Mayor Bandaraya Dato’ Sri Dr Sabin Samitah, menandatangani nota Kerjasama ini bersama Ketua Pengarah NFCC Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd. Jamil dalam satu majlis yang berlangsung, 5 September lalu.

Advertisement
Mayor berkata kerjasama itu melibatkan tiga skop utama, iaitu maklumat pemilikan harta, maklumat pemegang lesen, dan maklumat penyewa.

“Ini bertujuan untuk memperkukuh pengurusan kewangan dan memerangi jenayah kewangan dengan lebih berkesan, memastikan maklumat yang tepat dan terkini tersedia untuk pengawalan dan pemantauan yang sistematik.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Nota Kerjasama ini diharap akan meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pengawasan kewangan di DBKK. 

“Melalui kerjasama ini juga akan memperbaiki keupayaan bandar dalam mengesan dan menangani ketidak telusan pengurusan kewangan melalui integrasi data secara masa nyata, menjadikan pentadbiran lebih telus dan bertanggungjawab. 

Advertisement
“Secara tidak langsung menaikkan kepercayaan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu terhadap pengurusan pentadbiran organisasi DBKK,” katanya dalam kenyataan.

Upacara menandatangani itu turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pembangunan DBKK Sr. Lifred Wong, serta Penasihat Undang-undang NFCC Mohd Syahrizal Shah Zakaria, bersama-sama pegawai tertinggi DBKK dan NFCC. 

Advertisement
Sementara itu, Shamshun berkata, inisiatif ini bukan sahaja memperkukuhkan pengurusan dalaman DBKK, malah berpotensi menjadi model contoh bagi PBT lain di seluruh negara. 

“Dengan strategi perkongsian data yang kukuh, DBKK akan terus menjaga integriti dan meningkatkan ketelusan dalam tadbir urus bandar raya.

“Langkah ini juga mencerminkan komitmen DBKK dalam memastikan setiap aspek pengurusan kewangan dan pengawalan jenayah dilaksanakan dengan penuh disiplin serta kepatuhan, seiring dengan matlamat NFCC untuk mengurangkan ancaman jenayah kewangan,” katanya.

Perjanjian ini membuka lembaran baru dalam kolaborasi jangka panjang yang akan memperkukuh kesejahteraan bandar raya serta memastikan keadilan dan ketelusan kewangan terus terpelihara demi kepentingan masyarakat dan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here