Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Wanita bawa senjata tajam ditahan 
Published on: Tuesday, September 10, 2024
Published on: Tue, Sep 10, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Wanita bawa senjata tajam ditahan 
POLIS menahan wanita itu.
TAWAU: Seorang wanita warga asing, 22, ditahan polis kerana disyaki membawa senjata tajam tanpa kebenaran di dalam kenderaannya sekitar jam 12.56 tengah malam di kawasan bandar Tawau, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, senjata berupa sebilah pisau bersarung itu ditemui disimpan di bawah kerusi pemandu semasa pemeriksaan pihaknya.

Advertisement
Menurutnya, polis turut menemukan sebatang kayu baseball dan sebatang kayu ulas yang diletakkan di bahagian atas kerusi enumpang belakang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota  Strike Team Balai Polis Tawau sebelum itu terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan parkir Jalan Mahkamah Tawau.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Polis kemudian bertindak menahan pemandu kenderaan itu bagi tujuan pemeriksaan dan menemukan senjata tajam di dalam kenderaannya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jasmin berkata, suspek wanita itu ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah berkenaan senjata tersebut.

Advertisement
“Senjata itu dirampas bersama kenderaan yang dipandu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan membawa sebarang senjata di dalam kenderaan tanpa kebenaran dan alasan kukuh adalah salah di sisi undang-undang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here